Trending By: Salma Syahbuddin January 27, 2021 @ 3:00pm

“Orang Kata Saya Angkuh…”- Dr Noor Hisham Abdullah

Dalam satu sesi taklimat yang dijalankan pada Selasa, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tanggapan kononnya, setiap keputusan berkenaan Covid-19 dibuat mengikut kehendak dan keputusan beliau.

Dan, tanggapan ini ternyata tidak benar sama sekali kerana, setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan keputusan bersama dari 150 orang pakar dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Orang serang saya”

Tambahnya lagi, setiap hari semua pihak terbabit akan bertemu dan membincangkan segala aspek dan isu yang berbangkit membabitkan Covid-19 sebelum sebarang keputusan dan pengumuman dibuat.

Malah, setiap pendapat yang diberikan beliau kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah pandangan daripada pihak KKM.

“Kadang kala orang menyerang saya saja, mengatakan saya angkuh tetapi bukan saja saja yang membuat keputusan.

“I am only a messenger,” katanya.

Keputusan dalam menilai dan memahami setiap data melibatkan ramai orang sebelum pihak KKM mahupun MKN berkongsi kepada pihak media.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Aug 2019
Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.

Trending Thu, 9 Jan 2020
Trending Wed, 15 May 2019

‘Nak Mati Aku Dah Penat’- Status Terakhir Remaja Di FB Ternyata Bukan Gurauan!

Lebih memilukan, mayatnya ditemui oleh adik lelaki dan ibunya yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam.

Featured Mon, 10 Jul 2023
Trending Thu, 25 Jun 2020