Trending By: Salma Syahbuddin June 25, 2021 @ 6:11pm

Pakej Bantuan Berskala Besar & Sedia Ada Akan Disalurkan Secara Berterusan

Sebelum ini,  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan kepada media sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-45 Perindustrian Kebangsaan Malaysia NCCIM bahawa kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi berskala besar yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

Ini kerana, kerajaan masih mempunyai peruntukan sebanyak RM215 billion untuk dibelanjakan sehingga akhir tahun. Manakala, sebanyak RM200 billion telah disalurkan menerusi pakej rangsangan ekonomi  sebelum ini.

“Selain pengumuman Pelan Pemulihan Negara, saya percaya Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai pakej bantuan ekonomi tidak lama lagi.

“Apapun saya tidak mahu membuat kenyataan awal mengenai pengumuman itu,” katanya.

Bantuan berterusan buat rakyat & peniaga

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam laporan Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – LAKSANA KE-58 memaklumkan,  bantuan sedia ada akan dilaksanakan secara berterusan termasuklah, bantuan di bawah Pakej PEMERKASA PLUS yang diperkenalkan sebelum ini

Ianya berdasarkan baki RM100 billion menerusi pakej rangsangan ekonomi serta RM200 billion dari belanjawan 2021 yang masih belum digunakan.

Setakat ini, kerajaan telah melindungi individu yang hilang pekerjaan dan juga mereka yang terjejas dalam  sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang fasa 1,2 dan 3.

Dan, rakyat juga boleh mendapatkan moratorium pinjaman 3 bulan ATAU pengurangan bayaran pinjaman sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.

Malah, sektor perbankkan diminta untuk mempermudah pelaksanaan bantuan moratorium kepada mereka yang memerlukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Apr 2020
Trending Tue, 3 Nov 2020

Lanjutan Moratorium Bantu Ringankan Hutang Rakyat

Terutamnya kepada golongan yang memerlukan

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Featured Sun, 21 Feb 2021

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr […]

Trending Tue, 8 May 2018

埃及图坦卡门墓墙后秘室「根本不存在」

埃及官方先前「90%确定」法老王图坦卡门著名的坟墓背后存在一个秘室;但最新研究显示,墓墙背后根本没有秘室!