Trending By: Padin July 11, 2021 @ 8:41am

Pandemik Tak Jejas Kerjasama 3 Negara Antara SonaOne, A. Nayaka & YHB Sleepsalot

Biarpun tidak dapat bersemuka kerana pandemik yang sedang melanda dunia, kerjasama antara tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura tetap diteruskan oleh tiga jejaka ini.

Rapper berbakat yang mewakili negara masing-masing, SonaOne, A. Nayaka dan YHB Sleepsalot berkolaborasi menerusi sebuah single berjudul Orang Lain.

Menurut Nayaka yang mewakili Indonesia, proses penghasilan lagu ini sangat lancar biarpun mereka tidak dapat bersua muka.

“Ia dihasilkan secara atas talian sahaja. Pandemik mengubah cara kerja kami tetapi ia tidak menjadi masalah untuk kami menghasilkan sebuah lagu. Biarpun kami merakamkan bahagian masing-masing secara berasingan, lagu ini tampil dengan kemasan sempurna.

“Sejujurnya, saya secara peribadi memang mempercayai ‘taste’ yang ada dalam diri Sona dan YHB. Penghasilan lagu ini terjadi sangat natural dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang,” kata Nayaka.

Sebagai pendatang baru industi hip hop, rapper Singapura, YHB Sleepsalot rasa berbangga kerana dapat berkolaborasi bersama dua lagi rapper lain.

“Saya tak rasa kerdil pun apabila bergandingan dengan Nayaka dan Sona. Biarpun mereka adalah senior saya dalam bidang muzik, kerjasama ini mendatangkan satu perkara berbeza.

“Boleh dikatakan ia membuka satu sisi berbeza yang lebih luas untuk menonjolkan lagi nilai terbaik dalam diri saya,” kata YHB.

Tambah SonaOne, Orang Lain merupakan karya istimewa yang memaparkan elemen nusantara.

“Memang kami bertiga jenis yang sukakan inovasi dalam karya dihasilkan. Bagaimanapun, untuk lagu berentak seperti Orang Lain, belum ada rasanya lagu dwibahasa sebegitu yang pernah dihasilkan.

“Secara peribadi, saya sendiri memang nakkan sebuah lagu bahasa Melayu yang segar, tampil kelainan, dan mampu melekat dengan mudah dalam kepala. Justeru, saya meminta Nayaka untuk turut memasukkan bahasa Indonesia ke dalamnya.

“Hasilnya, gabungan lirik yang kami lakukan itu berhasil mendapat bunyi lebih sempurna paduannya. Ia menjadikan elemen nusantara itu lebih pekat dalam lagu berkenaan sebagaimana kami inginkan,” katanya lagi.

Lagu Orang Lain boleh didengari di semua platform muzik digital pilihan anda dan di laman YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Percaya Kaedah Tradisional Punca Kesihatan Ako Mustapha Terjejas

Pastikan dapatkan nasihat pakar dulu ya kalau ada penyakit sebelum cuba perubatan tradisional..

Trending Tue, 23 Jun 2020
Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Tue, 8 Mar 2022

Lapan Tahun Berlalu, MH370 Terus Dalam Ingatan

Masuk tahun kelapan kehilangan pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu pastinya terus diingati oleh seluruh rakyat negara ini. MH370 yang terputus hubungan sejurus melintasi

Featured Fri, 18 Jun 2021

Pendapatan Rakyat Membimbangkan, Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke B40

Pandemik COVID-19 memberi implikasi yang besar kepada tahap pendapatan rakyat Malaysia apabila lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40. Penurunan ini menimbulkan kebimbangan

Trending Mon, 15 Jul 2019

An Indonesian EXO-L got Surprised by EXO?

This is just beyond sweet! How lucky!

| Live TV