Featured By: Ad Ops May 30, 2018 @ 4:00pm

Paris Jackson Tinggalkan Pertunjukan Fesyen Christian Dior Setengah Jalan Kerana Bengang?

Model antarabangsa Paris Jackson telah tampil untuk memberi keterangan sebenar tentang tindakannya di sebuah majlis pertunjukan fesyen di Perancis baru-baru ini.

Acara itu mempromosikan koleksi Christian Dior Couture S/S19. Salah satu gimik persembahannya adalah beberapa orang wanita yang dilihat menunggang kuda putih sambil memukulnya dengan rotan.

Kononnya penganjur nak wujudkan suasana di acara rodeo di Mexico. Ini dia rupanya:

 

@Dior Badass!

A post shared by Alexa (@alexachung) on

Paris yang merupakan salah seorang tetamu majlis itu, dilaporkan telah “menyerbu keluar dengan penuh kemarahan” walaupun acara itu belum lagi selesai.

“Supaya kita jelas, saya langsung tak ‘menyerbu keluar’,” kata anak kepada mendiang penyanyi popular Michael Jackson ini melalui akaun Twitternya.

“Sebaliknya, saya bangun dengan senyap dan beredar sambil mencuba sedaya upaya untuk tak menarik perhatian orang ramai.

“(Saya tinggalkan majlis itu) kerana saya tak menyokong apa-apa aktiviti di mana haiwan diseksa sebegitu sekali. Saya tak ingin bermusuh dengan sesiapa di dalam dunia fesyen tapi saya akan tetap dengan pendirian saya.

“Lagipun, saya bukan marah. Saya cuma terkejut dan sedikit patah hati,” kata Paris.

Foto: Instagram Paris Jackson

Model itu juga menyatakan harapannya agar semua jenama fesyen terkemuka akan bertukar kepada sentimen “no animal cruelty”.

“Kita semua patut teruja kerana itu!”

Sumber: DailyMail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 5 Nov 2022
Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Fri, 13 May 2022
Hiburan Sun, 29 May 2022

Netizen Tegur Cara Pemakaian Isteri Haqiem Rusli

Isteri Haqiem Rusli ditegur netizen tentang cara pemakaian baju dan tudungnya.

Featured Thu, 2 Mar 2023