Parodi Anak Citi Kambing, Buat Ramai Orang Ketawa Berdekah!
Memang tak boleh move on kalau sekali dah terdengar lagu Comel Pipi Merah nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang didedikasikan khusus buat puteri sulungnya, Siti Aafiyah, yang kini menikmati minggu ke-2 kelahirannya.
Apatah lagi pada bait introduksi lagu berbunyi ting ting tang ting tara ting ting ke ting tang ting, melodinya sangat melekat sehingga menjadi mainan bibir setiap hari.
Menjadikan lagu ini bertambah-tambah happening, ramai peminat yang melakukan parodi lagu itu termasuk dalam versi sindiran dengan pelbagai aksi lucu. Salah satu video yang dimuat naik oleh @farhanmuhdd di laman YouTube dengan judulnya Parodi Anak Citi Kambing.
Hijab & Heels juga mengambil kesempatan untuk berkongsi lirik Comel Pipi Merah khusus buat pembaca. Enjoy!
Ada yang tampil mendedahkan mengenai perkenalan mangsa dan penceramab bebas 🫣 Dakwanya suspek ada tiga isteri? Apapun kita tunggu laporan penuh daripada pihak polis ya 😊