Trending By: Yanie Baharom November 5, 2018 @ 11:00am

Pasangan Kekasih Maut Tergelincir Dari Ketinggian 245 Meter Ketika Berswafoto!

Pengembaraan sepasang kekasih mengelilingi dunia akhirnya bertukar menjadi tragedi menyayat hati apabila kedua-dua mereka maut setelah jatuh dari tebing ketika cuba berswafoto di Taman Negara Yosemite.

Mayat pasangan dari India, Vishnu Viswanath, 29, dan Meenakshi Moorthy, 30, ditemui anggota renjer hutan di salah satu destinasi pelancongan popular Amerika Syarikat (AS) itu pada Khamis lalu.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat pihak polis melalui informasi pengurusan taman berkenaan, pasangan itu terjatuh dari ketinggian 245 meter di bawah Taft Point, di mana pelawat dibenarkan berjalan ke tepi cerunam yang tidak berpagar.

Menurut abang kepada Vishnu, Jishnu Viswanath, adiknya dan Meena dikatakan telah memasang tripod berhampiran kawasan tebing yang curam dekat pergunungan Sierra Nevada, California pada petang Selasa.

Foto: Sky News

Keesokan paginya, pengunjung menjumpai sebuah kamera dan mereka memaklumkan kepada renjer hutan mengenai penemuan itu.

Pasukan renjer hutan kemudiannya menjumpai mayat pasangan itu kira-kira 800 kaki di bawah Taft Point.

Jurucakap Yosemite, Jamie Richards berkata siasatan yang dijalankan mengenai kematian mereka akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa hari.

Pengebumian pasangan tersebut akan diadakan di Amerika Syarikat kerana jasad kedua-dua mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk diterbangkan ke India, tambah Viswanath.

Sedikit informasi, Moorthy sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang blogger pengembaraan. Bahkan dia pernah menulis tentang percubaan selfie ‘berani mati’ di Instagramnya.

Foto: Sky News

Sumber : Sky News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Featured Mon, 12 Apr 2021

Benzoloo, Jonathan Tse Kini Semakin “Bebas”..

Kredibiliti muzikal dalam diri dua penyanyi, Benzooloo dan Jonathan Tse tidak perlu disangkal semakin terbukti berada dalam kelas tersendiri. Kini mereka tampil bergabung menerusi lagu terbaru berjudul Bebas. Bebas adalah lagu kedua kerjasama mereka selepas […]

Featured Sun, 10 Sep 2023
Featured Mon, 30 Jan 2023

[VIDEO] Akibat Gelaran ‘Mami’, Azhar Sulaiman Didakwa Pondan? Ini Reaksi Empunya Badan

Amboiiii, siapa yang cakap Azhar Sulaiman pondan ni? Jahatnya mulutt

Featured Wed, 31 Jan 2024
Featured Wed, 7 Sep 2022

Dikatakan Trauma Akibat Dicabul Bapa, Sumber Dakwa Puteri Balqis & Ibu Hidap PTSD Selepas Jumpa Pakar Psikiatri

Semoga yang baik baik saja untuk Puteri Balqis dan ibu 🥲 Muda lagi dah terpaksa lalui kisah gelap yang sangat perit dalam hidupnya 🥺