Trending By: Salma Syahbuddin May 15, 2020 @ 12:00pm

Pasti Buat Korang Rindu! Ini Iklan Raya Paling Best Dan ‘Sure’ Bikin Sebak!

Pastinya raya kali ini amat berbeza jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya bukan?

Bukan sahaja tak dapat balik kampung untuk beraya bersama ibu bapa, menikmati juadah bersama yang tersayang dan merasai nikmat berkumpul seisi keluarga, sambutan hari raya aidilfitri pada kali ini begitu asing buat kita semua.

Namun begitu, apa kata kita throwback sedikit, antara iklan Hari Raya Petronas & TNB yang kita nantikan setiap tahun dan pernah menjadi sebahagian momen indah buat kita semua. Let’s Check this out!

Sumber : Youtube

Selain 5 iklan raya diatas, iklan daripada Tenaga Nasional Berhad juga antara yang berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia. Kalau tak caya tengok lah ni!

Iklan Raya Petronas – Jahit

TNB Raya 2018- Rumah Epik Fantastik

TNB Raya 2019 – Konvoi Epik Fantastik

Haih, bila tengok balik iklan-iklan raya diatas, rasa sebak, gembira, semua ada.

Selain Petronas dan TNB, iklan raya TV3 pun tak kurang hebatnya tau. Jom kita tengok!

Iklan Raya TV3 2007

Iklan Raya TV3 2012

Iklan Raya – Ikan Di Laut, Asam Di Darat

Iklan Raya – #TerimaKasih

Iklan Raya – Setulus Ikhlas

Haa, yang ni pulak iklan raya daripada Touch N Go. Tapi tak pernah tau pun iklan ni ada daripada tahun 2018. Tengok tu, siap ada Mat Luthfi lagi.

Iklan Raya – Paling Touching

Apapun, diharap kemeriahan dan hubungan silaturrahim sesama kita masih terpelihara walaupun kita kini berada dalam norma kehidupan baru. Jangan lupa, amalkan penjarakkan sosial okay! #Kitajagakita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

Trending Thu, 18 Mar 2021

Sewa Filem Serendah RM1, Ubah Rumah Anda Menjadi Pawagam Dengan ‘tonton CINEMA’

Sedar atau tidak, sudah hampir setahun rakyat Malaysia berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita. Walaupun panggung wayang telah dibuka, ramai yang masih memilih untuk kekal berada di […]

Featured Wed, 15 Sep 2021

Pelancong yang Ingin Bercuti Ke Langkawi, WAJIB Buat Swab Test!

Take note! Jangan tarik luggage je okay…

Trending Sun, 24 Oct 2021

Mamat Khalid Meninggal Dunia

Pengarah terkenal, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Mamat atau nama penuhnya, Mohamad Mohd Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak. Memetik laporan Utusan, khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, […]

Featured Wed, 24 Aug 2022
Featured Thu, 1 Sep 2022

Ustaz Don Daniyal Saran Tetapkan Garis Panduan Konsert – “Jangan Terus Jatuh Hukum”

Ustaz Don Daniyal ulas isu sekatan konsert artis antarabangsa