Featured By: Attiqah Mohd April 28, 2021 @ 10:21pm

PdPR Dilaksana 10 Hari Selepas Hari Raya Aidilfitri – Menteri Pendidikan

Walaupun beberapa sekolah telah ditutup akibat jangkitan Covid-19, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan bahawa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, sebaliknya ketetapan kementerian adalah hanya melaksanakan PdPR dalam tempoh 10 hari selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Apa yang kita lihat kes sporadik lebih 60 peratus dan data-data kluster juga menunjukkan hanya dua peratus melibatkan kluster pendidikan.

“Kita tak mahu lebih dua juta murid-murid apabila menyambut hari raya, dan kita tak tahu tahap kepatuhan. Kita tidak mahu anak-anak sekolah membawa jangkitan ke sekolah aan sekiranya ini berlaku, mungkin akan meningkat jangkitan,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Pelaksanaan PdPR dalam tempoh 10 hari selepas cuti Hari Raya Aidilfitri adalah bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di sekolah sebaik sahaja murid-murid kembali ke sesi persekolahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 May 2020

Rakyat boleh lapor kepada pihak berkuasa jika ada pelanggaran SOP

Kerjasama masyarakat dapat bantu usaha Kerajaan

Featured Sat, 5 Nov 2022
Events Sun, 29 May 2022
Featured Wed, 18 Mar 2020
Featured Wed, 29 Apr 2020

| Live TV