Trending By: Padin February 20, 2021 @ 4:42pm

PdPR Menerusi DidikTV, Adakah Ia Membantu? Ini Komen Guru-Guru

DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan inisiatif yang baik dalam sistem pendidikan negara dan berfungsi sebagai platform penting bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Program pendidikan maya melangkaui bilik darjah menerusi DidiKTV KPM ini juga telah disiarkan melalui saluran ntv7 setiap hari bermula 7 pagi sehingga 12 tengah malam.

Mari kita semak komen beberapa guru mengenai DidikTV KPM:

Cikgu Nor Azzuhana

“Syukur dengan adanya platform seperti DidikTV KPM. Saluran ini dapat memberi sedikit sebanyak ‘mood’ kepada murid.

“Murid dapat melihat guru secara live di televisyen seolah-olah mereka nampak guru mereka di dalam kelas.

“Keadaan ini membolehkan murid fokus berbanding menggunakan aplikasi ‘MEET’ atau sebagainya.

“Difahamkan ia juga dapat mengurangkan sedikit bebanan guru kerana murid mempunyai sumber lain untuk mendapatkan info tambahan tentang topik yang dipelajari,” katanya.

Cikgu Khairunnisa

“PdPR sebelum ini sangat mencabar kerana saya hanya mengajar melalui peranti.

“Tapi, kini saya berasa teruja dengan adanya DidikTV KPM kerana ia sangat membantu anak murid yang mempunyai masalah internet di rumah.

“Sebagai warga pendidik dan pernah menjadi salah seorang penyampai DidikTV Road To SPM 2020, saya sangat menyokong dan menyambut baik program DidikTV.

“Program ini memberi manfaat khususnya buat murid yang mempunyai masalah peranti terutamanya di luar bandar.

“Program senaman dan motivasi yang diselitkan di DidikTV KPM adalah sangat menarik serta bermanfaat kepada semua murid terutamanya dalam menghadapi krisis pandemik sekarang,” katanya.

Cikgu Arzman

“Ia adalah satu usaha yang positif dari KPM bagi membantu para pelajar di Malaysia.

“Bagi saya, program ini memang sangat memberi impak yang sangat positif dan ia  membantu guru-guru dalam mempelbagaikan bahan pengajaran mereka.

“Selain itu, kandungan DidikTV KPM juga sangat bagus dan mudah difahami oleh pelajar,” katanya.

Cikgu Akmal Faiz & Cikgu Iffah

Pasangan suami isteri ini merupakan guru pelajar sekolah rendah yang kini mengajar di salah sebuah sekolah di Johor dan mereka juga berasa kagum bila melihat program seperti DidikTV KPM ini disiarkan dan bagaimana ia dapat memberi input kepada murid.

“Ia amat bersesuaian lah bagi saya lebih-lebih lagi apabila terdapat lagu-lagu waktu belajar. Murid-murid sekolah rendah amat tertarik jika adanya lagu-lagu sewaktu belajar,” kata Akmal.

Teruja dengan adanya DidikTV KPM, Iffah sangat bersetuju dengan inisiatif ini. Katanya murid  dapat mengisi masa mereka dengan baik di rumah dan juga silibus kokurikulum juga menjadi selaras.

“Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik kerana majoriti rakyat malaysia mempunyai tv dan saya percaya masalah kepelbagaian murid dalam memahami isi pembelajaran lebih dapat diatasi,” kata Iffah.

Ini adalah antara luahan dan komen guru di Malaysia mengenai DidikTV KPM.

Rata-rata mereka sangat menyokong dan menghargai segala usaha yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu warga pendidik.

Jom sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi!

Sementara ibu bapa dan anak anak di rumah tu menonton DidikTV KPM, anda bolehlah sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi yang dianjurkan oleh KPM ini.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan berkongsi pengalaman kali pertama menonton DidikTV KPM dan hadiah peranti bakal menjadi milik anda.

Jangan lupa tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Anda juga boleh saksikan episod terkini di Youtube Channel ntv7 MALAYSIA Official.

Semoga dengan inisiatif ini boleh melatih dan membimbing murid serta guru terlibat untuk menambah baik dari segi kepelbagaian bahan bagi murid mendapatkan ilmu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Sep 2019

美研究:心脏停跳大脑继续运作!人死后仍有意识

人死后会有什么感觉,会看见、听见什么,是大家一直以来争论不休的课题。

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Fri, 26 Aug 2022

“Cara Cakap Pun Sama” – Netizen Terkejut Jumpa Kembar Fazura

Kembar Fazura yang terpisah ke ni? Cara cakap pun nak sama dah 😅😍