Trending By: SGMS Enal December 13, 2019 @ 12:42pm

Peguam Dengan Doktor Bergaduh ,12 Maut

Konfrontasi antara sekumpulan peguam dan doktor yang berselisih faham di Institut Kardiologi Punjab (PIC) mengakibatkan sekurangnya 12 orang maut.

Menurut India Today, kumpulan peguam menyerbu institut berkenaan dan menyerang para doktor serta merosakkan fasiliti hospital termasuk unit rawatan rapi (ICU).

Sekurangnya 12 individu termasuk pesakit kritikal dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.

Sementara itu, laporan doktor mendakwa seramai minimum 25 mangsa cedera teruk berikutan serangan berkenaan.

Menteri Maklumat Punjab, Fayaz Chouhan turut diserang kumpulan peguam tersebut.

Lantaran itu, Perdana Menteri, Imran Khan mengarahkan Ketua Menteri Punjab, Usman Buzdar untuk menjalankan siasatan segera berhubung insiden itu.

Beberapa hari sebelum ini, beberapa peguam didakwa telah diserang kumpulan doktor dari hospital yang sama.

Walaupun penyelesaian telah dicapai, kumpulan peguam datang dalam jumlah yang ramai dan menyerang hospital berkenaan.

Sumber: India Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 10 Sep 2020
Trending Sat, 5 Dec 2020
Featured Sat, 11 Jun 2022

Guru Sekolah Temukan Jasad Eril Terima Penghargaan – “Danke Mrs. Geraldine. Hatur Nuhun. Terima Kasih”

Salam Takziah untuk Ridwan Kamil sekeluarga 😢❤️ Terima kasih Mrs. Geraldine atas jasanya. Al-fatihah 🥀

Selebriti Tue, 22 Aug 2023
Trending Wed, 8 Aug 2018

Foto-Foto Anak Kim Kardashian Ini Akan Buat Anda Kata ‘Awww!’

Comel betul anak-anak wanita yang penuh glamour ini!