Kisah Zulfarhan Osman yang maut diseterika dua tahun lalu kembali menjadi perbualangan hangat netizen di laman Twitter apabila keputusan perbicaraannya bakal diketahui 31 Julai ini.
Rata-rata netizen di Twitter melahirkan rasa kekesalan dengan insiden yang melibatkan pelajar UPNM itu malah tak kurang juga yang meluahkan rasa kerisauan dengan keputusan perbicaraan yang bakal berlangsung. Terbela atau tidak kematian anak muda ini?
Seorang netizen di Twitter dikenali dengan nama Amira Azummy memuat naik status di laman Twitter.Menurut gadis ini, peguambela yang mewakili suspek utama sangat berprofil tinggi dan berpengalaman mengendalikan kes-kes yang lebih serius dan berat.
Barisan peguambela yang mewakili tertuduh antaranya adalah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman dan Zamri Idrus.
Mereka merupakan peguambela yang memiliki profil tinggi dan mempunyai pengalaman bertahun. Malah, porkhidmatan mereka juga dikatakan antara yang paling mahal.
Bagaimanakah kesudahan nasib Zulfarhan Osman? Terbela atau tidak kematian pelajar UPNM ini?
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza