Trending By: SGMS Enal January 14, 2019 @ 10:18am

Pekerja Maut ‘Dipenggal’ Bilah Helikopter

Seorang lelaki terbunuh apabila bahagian kepalanya terkena bilah kipas helikopter sewaktu bekerja di lapangan terbang Barat Florida, Amerika Syarikat.

Pejabat Sheriff Hernando County berkata, mangsa, Salvatore Disi, 62, meninggal dunia pada Khamis berdekatan bangunan tempat menyimpan pesawat di Lapangan Terbang Wilayah Brooksville-Tampa Bay.

Difahamkan, lapangan terbang itu terletak kira-kira 64 kilometer di utara Tampa.

Pihak berkuasa berkata, kejadian bermula apabila dua orang lelaki menggunakan pedati kuasa untuk menghidupkan sebuah helikopter di situ. Bagaimanapun, secara tiba-tiba helikopter tersebut tersentak dan kemudian turun dari tempantnya.

Menerusi kenyataan sheriff, gerakan helikopter itu menyebabkan bilah utamanya berputar dan terkena kepala Disi yang berada berhampiran menyebabkan lelaki itu maut serta-merta di tempat kejadian.

Tambah kenyataan itu lagi, kecederaan itu boleh dikelaskan sebagai dipenggal, lapor stesen televisyen Tampa Bay WFLA-Ch. 8.

Menurut Polis Hernando County, Sheriff Al Nienhuis, penyiasat tidak mengesyaki terdapat perbuatan khianat, tetapi siasatan penuh akan dijalankan bagi mencari punca sebenar insiden malang itu.

Sumber : SunSentinel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Jul 2018

‘Sila Duduk, Jangan Lari’ Tukar Suasana Dewan Rakyat

Baginda dalam nada jenaka ‘menitahkan’ supaya Ahli Parlimen tidak lari meninggalkan Dewan Rakyat.

Featured Mon, 6 Sep 2021

Hadiah Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Kepada Nur Fazura Curi Perhatian Ramai

Hubungan baik antara Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin dan aktres jelita, Nur Fazura terjalin sejak dahulu lagi. Terbaru, menerusi laman Instagram Story Fazura, aktres itu menzahirkan ucapan terima kasih buat TPS yang memberikannya hadiah

Featured Wed, 18 Aug 2021

Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta dua lagi individu masih belum menemui jalan penyelesaian. Terdahulu, Nana telah menuntut permohonan maaf

Trending Fri, 4 Dec 2020
Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

Featured Fri, 1 Oct 2021
Trending Thu, 10 Sep 2020

| Live TV