Trending By: Salma Syahbuddin September 8, 2020 @ 3:36pm

Pelabur Akaun ASB Diminta Semak Semula Kadar Pembiayaan

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menasihatkan agar semua pelabur ASB menghubungi bank masing-masing bagi menerima kadar pembiayaan lebih rendah dengan penurunan kadar semalaman (OPR) seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia.

Pembiayaan yang lebih rendah

ASNB menjelaskan bahawa peminjam berpeluang menerima kadar pembiayaan yang lebih rendah berikutan penurunan OPR yang memberi kesan kepada kadar asas dan kadar pembiayaan asas yang menentukan kadar pembiayaan ASB yang dikenakan oleh pihak bank.

Penurunan sebanyak 1.25%

BNM telah menurunkan kadar OPR sebanyak 1.25 peratus dengan pengurangan OPR sebanyak 4 kali pada tahun ini, iaitu pada Januari, Mac, Mei dan yang terbaharu pada 7 Julai lalu.

” OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan, kini berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu sebanyak 1.75 peratus”

Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk terus merangsang pertumbuhan ekonomi negara berikutan impak Covid-19 kepada persekitaran ekonomi global terutamanya di Malaysia.

Jadi, bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan khidmat nasihat pembiayaan, bolehlah menghubungi talian berikut 03-7730 8899 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen

Trending Tue, 21 Dec 2021

Pilih Tarikh 21.12.21, Uyaina Arshad Selamat Bernikah Dengan Raja Syahiran

Pengacara Uyaina Arshad, 29, selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran, 28, pada jam 9.03 pagi tadi di Colony Star Boulevard, KLCC dengan sekali lafaz. Memilih 21.12.21 sebagai tarikh istimewa, merpati dua sejoli ini […]