Trending By: SGMS Faida February 14, 2018 @ 8:15am

PELAJAR MAUT TERKENA PISAU MESIN RUMPUT MELAYANG

وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang( atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.”

Al-Fatihah buat Nur Afini Roslan, pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abd. Rahman, Gemas yang maut selepas terkena bilah pisau traktor mesin rumput.

Kejadian berlaku sewaktu Allahyarhamah sedang menjalani latihan kawad di padang sekolah itu semalam. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, kepala mangsa, Nur Afini Roslan, 14, ter­belah dua, manakala seorang lagi pelajar sekolah itu, Mohd. Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan pada belakang kepala.

Nur Afini merupakan cucu saudara bekas atlet negara, Datuk Rabuan Pit.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, siasatan awal polis mendapati bilah mesin rumput itu tercabut daripada traktor itu yang digunakan untuk kerja-kerja me­mesin rumput di padang berkenaan.

“Bilah mesin rumput itu kemudian me­lantun ke arah kepala kedua-dua mangsa yang berada di padang tersebut.

“Kita menahan pemandu traktor tersebut yang berusia 26 tahun bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Sek­syen 304 Kanun Keseksaan,” katanya.

Buat keluarga Allahyarhamah Afini, kami doakan semoga roh Afini ditempatkan bersama dengan golongan orang-orang beriman. Amin YRB…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Apr 2021

Mas Idayu & Ziana Zain Bermadu?

Penyanyi, Mas Idayu mengakui lakonannya kali pertama dalam Drama Kampung Kolestrol bergandingan bersama Ziana Zain merupakan satu pengalaman yang mengujakan. “Sebenarnya ini kali pertama mummy berlakon seumur hidup. Dalam drama ini, watak saya sebagai ketua […]

Featured Mon, 20 Feb 2023
Trending Tue, 20 Apr 2021

Bayaran Dividen KWSP Sehingga 75 Tahun TIDAK Benar

Dapatkan maklumat lanjut di kaunter KWSP dan talian yang disediakan…

Figura Tue, 2 Apr 2024
Trending Wed, 1 Jun 2022
Featured Thu, 6 Oct 2022