Selebriti terkenal Korea, Lee Kwang Soo mengumumkan berita menyedihkan buat ramai peminat rancangan realiti, Running Man.
Menerusi agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship dalam satu kenyataan rasmi telah mengesahkan khabar angin bahawa bintangnya, Lee Kwang Soo bakal meninggalkan Running Man selepas 11 tahun berada dalam rancangan tersebut dan 24 Mei adalah tarikh rakaman terakhirnya
Menurut kenyataan tersebut, Lee Kwang Soo terpaksa meninggalkan Running Man disebabkan masalah kesihatan fizikal yang dialaminya berpunca daripada kesan daripada kemalangan tahun lalu.
Berita tersebut mengejutkan para peminat yang setia menonton Running Man daripada episod pertama.
Kalau Kwang Soo sendiri yang keluar, percayalah tak lama lagi Running Man terpaksa tamatkan show. Kwang soo is the real ace yang selalu buat lawak and selamatkan show lepas gary keluar.
— Tok Ketua 🅙 (@TweetAtok) April 27, 2021
Kwangsoo is the reason i continued to watch running man again after joongki and gary leave the show :') and after the production wants jihyo & jongkook to leave RM too, sumpah berkecai hati. But he saved the show! Still, 11 years tho. Its not short, thankyou kwangsoo 😭
— ᴍɪʜᴡᴀ 🐣 (@mochinicotine) April 27, 2021
Malah, ada yang masih sukar untuk menerima kenyataan kerana rindukan telatah Lee Kwang Soo dalam rancangan tersebut.