Trending By: Padin October 16, 2021 @ 3:47pm

“Pelakon Kurang Followers Pun Kami Okay, Asalkan…” – Penerbit Tak Kisah Jika Artis Tiada Akaun Media Sosial

Pengarah Urusan dan Penerbit syarikat produksi Dream At Work, Muhammad Razlan Ismail tidak mempunyai sebarang halangan untuk menjalin kerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai pengikut yang ramai ataupun artis yang tidak mempunyai akaun media sosial.

Menurut Razlan, laman sosial pelakon bukan menjadi ukuran kerana mereka mengutamakan kualiti lakonan serta naskhah yang ingin dihasilkan.

“Pihak kami lebih mengutamakan kualiti dan kepuasan dalam menghasilkan sesebuah karya. Idea untuk menerbitkan sesebuah karya itu datang daripada kami sendiri dan sudah pastinya kami dah bayangkan siapa yang bakal melakonkannya.

“Jika pelakon itu ada ramai pengikut, itu bonus. Jika sebaliknya, kami tiada halangan. Ada media sosial atau tidak, ada pengikut atau tidak, semuanya tidak menjadi masalah kerana kami melihat bakat sebagai satu keutamaan.

“Setiap karya yang kami terbitkan mengikuti proses ‘pitching’. Dalam masa yang sama, syarikat kami juga menerbitkan produk akhir dan ia merupakan sesuatu yang kami mahukan.

“Kini, kami ada satu ‘finish product’ iaitu telefilem berjudul Jersi 45. Pelakon utama dalam karya ini semuanya tidak dikenali, cuma ada beberapa pelakon yang sudah berpengalaman seperti Azhan Rani, Wan Sharmila dan Kazar. Kami memilih mereka kerana bakat yang ditonjolkan.

“Sekarang, kami dalam proses perbincangan dengan sebuah stesen televisyen dan ia mendapat respons positif. Insya-Allah, jika tiada aral, ia akan ditayangkan nanti,” katanya.

Tidak terlepas dengan cabaran sepanjang pandemik, Razlan melihat perkara ini dengan penuh optimis.

“Semua pun ada cabaran, kami juga mengharunginya. Alhamdulillah, kini semuanya boleh kembali beroperasi dan perlahan-lahan. Apa yang penting kita kena ikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Cabaran itu pasti ada, tetapi pandemik memberikan 1,001 hikmah. Pihak berwajib juga peka serta menghulurkan bantuan, jadi saya rasa tak jadi masalah.

“Insya-Allah selepas ini kami akan giat menghasilkan produk baharu dan menyertai proses ‘picthcing’ di stesen televisyen. Sekiranya tiada, kami merancang untuk menerbitkan ‘finish product’ dan daripada situ, kami akan mencuba untuk menjalin kerjasama dengan stesen televisyen,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
Trending Sat, 6 Jan 2018

Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Mati DiPatuk Ular Tedung

Prapawee Prawat ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Lung Chu

Featured Tue, 29 Jun 2021

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP Mulai 12 Julai 2021

Umum maklum, kerajaan telah mengumumkan pengeluaran KWSP iaitu sebanyak RM 5,000 kepada semua pencarum melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai syarat dan cara permohonan i-Citra. Apakah i-Citra

Featured Wed, 2 Feb 2022

“Tidak Ada Istilah Payung Emas Atau ‘Free Gift’, Ia Hadis Palsu” – Ini Jawapan Dr Zulkifli Bila Wanita Tolak Poligami

Isu poligami ni memang panas eyh? sepanas hati perempuan bila suami nak kahwin lagi…

Trending Thu, 4 Nov 2021

Pengalaman Cinta Terkandas Jadi Inspirasi Dr Hafiz Zainal

Pembabitannya pada program realiti popular tahun lalu membuka ruang buat penyanyi Dr Hafiz Zainal untuk lebih dikenali. Biarpun tidak bergelar finalis, Dr Hafiz, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Zainal tetap mampu berbangga dengan apa

Trending Thu, 4 Apr 2019

为什么女人比男人长寿?10张照片完整解答

科学家告诉我们:女人比男人长寿的原因相当多,其中就因为男生大脑的额叶发展比女生来得缓……

Trending Fri, 10 Apr 2020

Sabah Terima 3 Juta ‘Mask’ Hari Ini Untuk Diedarkan!

Rakyat Sabah akhirnya boleh menarik nafas lega

| Live TV

error: Content is protected !!