Trending By: Salma Syahbuddin August 15, 2020 @ 9:12pm

Pelakon Veteran, Abu Bakar Juah Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Kalau sebelum ini pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dua minggu yang lalu, namun siapa sangka, beliau yang menghidap kanser hati itu telah menghembuskan nafasnya pada jam 6.35 petang tadi.

Hembuskan nafas terakhir di samping isteri tercinta

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir beliau di kediamannya di Alam Denai, Cheras.

Berita mengenai pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh anak kedua beliau, Zarith Abu Bakar.

” Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah, Allah SWT lebih menyayanginya.

“Ibu, adik beradik dan menantu berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir. Hanya menantu yang bertugas di Kemboja sahaja tiada. Katanya.

Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Denai pada jam 10 pagi esok.

Doktor sahkan kanser menyerang dengan lebih agresif

Pelakon yang popular menerusi drama Puaka Niang Rapik ini dilaporkan menderita penyakit tersebut sejak 2016. Namun, setelah menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan beliau akhirnya bebas darpada penyakit tersebut.

Bagaimanapun, awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit menyerang semula, malah lebih agresif hingga merebak sampai ke hati.

Pelakon Didie Alias juga sempat berkongsi dilaman instagram miliknya mengenai pemergian Allahyarham, Abu Bakar Juah.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980 dan dikurniakan empat anak dan seorang cucu.

Apapun, kami di Xtra.com.my mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Sumber : Berita Harian, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Jun 2022

“Kami Dah Sah Berpisah Tapi Tetap Berkawan” – Bad Indigo dan Ashira Tidak Lagi Bersama

Bad Indigo dan Ashira mendedahkan mereka tidak lagi bersama, tetap masih berkawan.

Featured Mon, 4 Jul 2022
Trending Wed, 9 Dec 2020

Pawagam Mula Dibuka Bermula 16 Disember Ini

Korang bolehlah layan cerita Wonder Woman lepasni!

Trending Wed, 21 Apr 2021

“Bulan Puasa Bulan Paling Sibuk” – Fazley Yaakob

“Jujur saya katakan, jadual saya rangka dua minggu awal. Ada sahaja aktiviti yang saya lakukan setiap hari,” kata penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengenai aktiviti hariannya dalam merencana kerjaya. Menurut Fazley, kesibukannya bertambah

Featured Mon, 20 Feb 2023

Selepas Hidap 6 Penyakit Kronik, Ibnor Riza Kini Ditidurkan

Allahuakbar! Semoga Ibnor diberi kesembuhan segera 🤲

Trending Sun, 1 Aug 2021

“Rasa Rugi Kalau Saya Tolak” – Ernie Zakri Teruja Berduet Dengan Hafiz Suip

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan peluang untuk berpadu vokal dengan penyanyi Hafiz Suip adalah satu penanda aras baru dalam karier seninya. Pada awalnya, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, risau untuk berduet dengan

| Live TV