Trending By: Salma Syahbuddin January 8, 2021 @ 12:07pm

Pelaksanaan Semula PKP Bakal Merencatkan Golongan PKS

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia meluahkan kebimbangan mereka bahawa, jika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula ia mungkin bakal menyebabkan banyak perniagaan tempatan ‘gulung tikar’ dan kadar pengangguran juga akan meningkat di Malaysia.

Menurut Presiden Malaysia Cross-Border e-Commerce Association, Chin Chee Seong memaklumkan pelaksanaan PKP akan menjejaskan lebih banyak perniagaan.

Mohon aktiviti perniagaan terus beroperasi

Foto: Utusan Borneo

Manakala, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) juga mengeluarkan kenyataan yang sama meminta supaya aktiviti perniagaan dan ekonomi dibenarkan terus beroperasi, walaupun di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Walaupun kami menghargai perlu ada keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan kelangsungan hidup, pusingan kedua PKP itu akan menjadi malapetaka kepada PKS yang akan memaksa mereka memberhentikan pekerja,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya lebih banyak program keusahawanan dan latihan digital diperkenalkan serta dilaksanakan, terutama untuk komuniti belia di Malaysia.

Kerajaan juga diminta mempertimbangkan untuk menyediakan perniagaan dengan lebih banyak insentif  yang berpusatkan kepada pekerja agar mereka dapat mengambil lebih ramai siswazah yang baru menamatkan pengajian.

Dan, dengan insentif kewangan yang disediakan dan proses permohonan dipercepatkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan dapat memulihkan ekonomi pada fasa kedua tahun 2021.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Lengkap Satu Keluarga, Ayda Jebat Akhirnya Kongsi Wajah Anak Kedua

Aww comelnya Aali Mateen! Haa muka dadaa ke muka mommy dia?

Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan

Hiburan Fri, 4 Mar 2022
Trending Wed, 26 Aug 2020

Meriahkan Hujung Minggu Anda Dengan Jom Heboh Di Rumah Pada 29 & 30 Ini!

Jangan lupa bersama meriahkan Jom Heboh Di Rumah okay!

Trending Sun, 25 Nov 2018

Lelaki Maut Kemalangan 405.6KM Lembah Beringin – Tanjung Malim

Siapa salah adakah konvoi motosikal, lori mahupun kereta exora yang kebetulan membantu motosikal yang rosak. Salam Takziah

Featured Tue, 25 Oct 2022

Cantik Macam Anak Patung, Kecantikan Sharifah Husna Curi Tumpuan

Pelakon, Sharifah Husna Syed Feizal kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Halim Radzi yang juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor pada jumaat. […]