Trending By: Syafiqa Irdina July 13, 2020 @ 12:42pm

Pelancong UK Terkandas Zahir Penghargaan & Kagum Cara Malaysia Tangani Covid-19

Respect!

Salah seorang usahawan dalam talian dan YouTuber dari United Kingdom iaitu Darren Cronian telah memuji tindakan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menangani krisis Covid-19 menerusi saluran Remote Darren.

Video yang turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook itu menceritakan pengalaman Cronian ketika terkandas di Malaysia bersendirian hampir 11 minggu dalam apartmennya.

Kagum Dengan Pelaksanaa PKP Di Setiap Negeri

Menurut lelaki Inggeris berusia 46 tahun itu, beliau kagum bagaimana pihak berkuasa tempatan mengendalikan situasi itu dengan melaksanakan PKP di negeri berbeza dan mengurangkan pergerakan rakyat.

“Apabila saya melihat Malaysia melaksanakan tindakan, sedangkan UK perniagaannya masih dibuka, saya buat keputusan, saya kuatkan semangat (komited) tinggal di sini untuk menempuhnya, tanpa mengira berapa lama masa yang diambil.

Saya katakan, saya amat kagum bagaimana Malaysia mengendalikan COVID-19 apabila terus melaksanakan tindakan, menguatkuasakan PKP, memastikan orang ramai tidak membuat pergerakan dan hanya boleh keluar untuk membeli makanan dan barangan keperluan,” katanya.  

Syukur Orang Malaysia Ambil Berat

Cronian mengakhiri video dengan ucapan terima kasih buat Malaysia kerana mengambil berat mengenai dirinya dan menyediakan beliau rumah yang selamat dan beliau sangat menghargai rakyat Malaysia yang sentiasa berhubung dengannya sepanjang 11 minggu pelaksanaan PKP.

Kalau nak tengok macam mana pengalaman dan mesej penuh yang disampaikan pelancong ini, korang boleh lihat di bawah ni okay!

Sumebr: Youtube Remote Darren


| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 May 2022

Kagum Dengan Cerita Peniaga, Nad Zainal Tanpa Berlengah Bawa Anak Berubat Di Perak

Nad Zainal bawa anak yang mengalami ekzema ke klinik Tapah selepas mendengar cerita seorang peniaga.

Trending Thu, 15 Apr 2021

Sanggup Redah Hujan, Ebit Lew Turun Padang Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Semoga Ustaz Ebit Lew juga dimurahkan rezeki

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Hujan hujan ni bertambah galau min dengar Kak Mitch nyanyi lagu Sang Dewi 🥲🥲

Featured Tue, 22 Nov 2022
Drama Mon, 13 Mar 2023
Trending Thu, 16 Nov 2017

超爆笑乱入婚纱照,到底谁才是主角啊?

摄影师在按下快门的那一刻,可说是将许多扣人心弦的精彩瞬间永久定格在镜头中。除了一辑美美哒的婚纱照,有时的不完美,会让照片多了一份收藏的价值。

Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Bukan Pesawat Lama, Lion Air Sahkan JT 610 Baru Diguna Sejak Ogos 2018

Pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.

Featured Thu, 15 Jul 2021

Bayaran RM500 One Off PEMERKASA Plus Dibayar Mulai…

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bayaran bagi penerima bantuan Pemerkasa Tambahan kategori servis pengangkutan awam akan dibayar bermula  27 Julai ini. Menerusi kenyataan yang dikemukakan oleh agensi itu, tarikh pembayaran dipinda daripada perancangan terdahulu

| Live TV