Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh
Rakyat Jepun dan kebersihan berpisah tiada. Sejak kecil, kanak-kanak Jepun diajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, menghormati pelbagai lapisan masyarakat dan banyak lagi.
Sehubungan itu, tidak hairanlah apabila tindakan sekumpulan pelajar dari Shizuoka Seiko Academy (SSA) yang mengutip sampah di sebuah sekolah berasrama penuh tempatan dipuji ramai.
Pelajar berkenaan datang ke Malaysia bagi mengadakan perlawanan persahabatan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), tetapi setelah perlawanan itu berakhir, mereka turut membersihkan sampah termasuk puntung rokok di kawasan sekolah itu.
Japanese team come to Mckk7,pastu dioarang see putung rokok and sampah ,cuba fikir diorang datang nak join tournament rugby ke nak bersihkan negara orang pic.twitter.com/Ejea2xncxf
— alio lavista (@ali70asyraf) March 2, 2019
Video yang dimuat naik pengguna Twitter @ali70asyraf menunjukkan pelajar-pelajar dari Negara Matahari Terbit itu mengutip sampah dengan bersahaja tanpa disuruh.
Namun begitu, tidak semua yang memberikan reaksi positif terhadap tindakan mereka itu.
Ada netizen yang berpendapat bahawa persekitaran sekolah berasarama penuh itu sememangnya sudah bersih kerana pihak sekolah sudah menyediakan sukarelawan kebersihan yang menjaga kawasan terbabit.
Pengguna Twitter @nikdotpm menyertakan tangkapan skrin (screenshot) perbualan daripada aplikasi WhatsApp dengan seseorang yang tidak dinyatakan.

Foto: Twitter
Beliau mendedahkan bahawa beliau ialah individu yang merakam video terbabit dan memberi amaran kepada penyebar video untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan sahih.
Selain itu, pengguna dengan nama samaran @SyahidSyah memuat naik jadual waktu tugasan harian bagi pelajar MCKK membersihkan kawasan sekitar sekolah.
Beliau mendakwa pelajar-pelajar sekolah berkenaan mempunyai disiplin yang tinggi dan orang luar yang mencemarkan reputasi dengan membuang sampah merata-rata tempat ketika perlawanan berlangsung.

Foto: Twitter @SyahidSyah
Meskipun terdapat perbezaan pendapat mengenai video terbabit, rata-rata netizen bersetuju bahawa sikap rakyat Jepun itu haruslah dipuji dan dicontohi rakyat Malaysia.
Pengguna Twitter @zafiqkun menerangkan bahawa sebelum perlawanan diadakan, pemain-pemain itu telah dipesan untuk tetap bersikap baik walaupun berdepan dengan kekalahan.
Masa pep talk sensei dia dah pesan biar kalah game yang penting bawak budaya bersih tu dekat negara orang, palabuto dekat jepun ada sampah dekat jalan diaorang buat tak peduli je, aku yang anak melayu ni gak yang kutip
— Yami Sukehiro (@zafiq_kun) March 2, 2019
Kesimpulannya, masyarakat sepatutnya menjadikan sikap pelajar Jepun itu sebagai contoh bagi menggalakkan generasi muda di negara ini untuk membudayakan sikap terpuji itu.
Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah anda mengutip sampah di negara orang selepas menonton sebuah perlawanan? Kongsikan dengan kami.
Sumber: alio lavista