Featured By: Attiqah Mohd May 4, 2021 @ 3:59pm

Pembayaran BPR Fasa Kedua Bermula 7 Mei Ini, Cara Semak BPR

Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua yang memperuntukkan belanjawan sebanyak 2.75 bilion bakal dilaksanakan pada 7 Mei ini.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul bantuan ini akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah , 1 juta rakyat (bujang /sudah berkahwin dan 3.8 juta inidividu bujan.

Beliau berkata, bayaran kali ini meningkat berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.

”Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.

”Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my,” katanya dalam kenyataan di sini.

Berikut merupakan cara membuat semakan

1. Layari laman web https://bpr.hasil.gov.my atau SEMAKAN BPR 2021


2. Kemudian, klik log masuk, butang yang terpapar pada sebelah kanan atas.


3. Halaman log masuk akan dipaparkan, maka masukkan nombor mykad anda , kemudian klik butang semak.

4. Kod pengesahan akan dikeluarkan, jika ianya betul, teruskan.

5. Kemudian, halaman log masuk di mana anda perlu memasukkan kata laluan. Pastikan kata laluan anda betul dan klik log masuk.

6. Paparan status permohonan dan pembayaran anda akan dipaparkan.

Pembayaran dilakukan secara terus menerusi akaun bank bermula 7 Mei sehingga 12 Mei. Bagi mereka yang tidak mempunyai bank akaun, pembayaran dilakukan menerusi Bank Simpanan Nasional mulai 17 Mei.

Bagi memastikan mereka yang berkelayakan menerima bantuan, rayuan permohonan boleh dilakukan pada 15 Jun sehingga 30 Jun 2021.

”Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Apr 2022

“Keluarga Lebih Penting Dari Segala-Segalanya” – Manchester United Mengumumkan Cristiano Ronaldo Tidak Turut Serta Dalam Perlawanan Menentang Liverpool

Ronaldo dan pasangan baru melahirkan anak kembar, namun anak lelaki kembarnya meninggal dunia. Takziah diucapkan.

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Dayang Nurfaizah Kagum Dengan Bakat Amir Masdi

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, 41, mendedahkan dirinya sudah lama kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Amir Masdi. Kini, Dayang dan Amir muncul dalam sebuah single duet balada moden yang berjudul Debu yang dicipta oleh […]

Featured Tue, 19 Mar 2024

“Maaf Andai Semua Ini Khilaf Saya” – Norman Hakim

Harapnya, isu keluarga Abby Abby dan Norman Hakim dapat diselesaikan segera😥

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]