Trending By: Salma Syahbuddin March 24, 2021 @ 1:36pm

PEMERKASA : Tarikh & Cara Penebusan Kredit e-Wallet Sebanyak RM150 Buat Golongan Belia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu iaitu Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)  yang mengandungi 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan krisis Covid-19 yang  melanda negara.

 

Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah Program eBelia yang bertujuan untuk menggalakkan pembudayaan transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di Malaysia.

 

Justeru itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta yang memanfaatkan 2 juta belia di seluruh negara.

 

 

Jumpah Penebusan kredit & Kategori belia yang layak

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz  sebelum ini dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu telah mengumumkan Program eBelia dimana kerajaan bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM50 namun, kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah kredit kepada RM100 sehinggalah menerusi  program PEMERKASA baru-baru ini kerajaan menambah semula kredit eWallet kepada RM150 buat golongan ini.

 

Namun, hanya golongan belia yang layak sahaja boleh menebus kredit e-Wallet berikut :

  1. Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  2. Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja

 

Cara Penebusan Kredit

Setakat ini, pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara untuk membuat penebusan kredit menerusi Program eBelia ini.

Bagaimanapun, penebusan ini boleh dibuat menggunakan aplikasi e-Wallet berikut ;

  • Grab Pay
  • Boost
  • Touch N Go eWallet

Dalam pembentangan PEMERKASA tersebut, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan bermula pada Jun 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan yang disediakan di bawah PEMERKASA,  anda boleh layari laman rasmi mof.gov.my

 

 

 

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Feb 2021
Trending Tue, 19 Jan 2021

Bekerja Dengan Suami Orang? Nana Tak Ada Masalah Jadi Rakan Duet Nubhan

Nana & Nubhan muncul dengan lagu duet baharu!

Trending Mon, 11 Mar 2019

Pesawat Dilaporkan Terbakar, Takziah Buat Para Penumpang Ethiopian Airlines

Pesawat tersebut dilaporkan mengalami letupan kebakaran namun CEO Syarikat Penerbangan Ethiopian Airlines berkata punca sebenar kejadian ini masih belum dikenal pasti.

Trending Wed, 2 May 2018

Facebook Akan Lancarkan Servis Mencari Cinta Untuk Para Pengguna, Anda Berminat?

Nanti Facebook akan jadi lebih mudah untuk anda mencari cinta.

Trending Fri, 24 Aug 2018

Tiga Pelajar Hilang Akibat Taufan Cimaron

Hujan lebah tanpa henti yang menyerang pulau utara, Hokkaido turut menyebabkan kerosakan dan kelewatan ketara pengangkutan.

Trending Thu, 3 Jan 2019

Jawa Barat Dalam Zon Merah Kata Gabenor

Gabenor Dedah Jawa Barat Dalam Zon Merah, Berisiko Jadi Kawasan Bencana

Featured Thu, 8 Apr 2021

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan […]

Trending Thu, 23 Apr 2020

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Di TV3 Malam Ini

Agaknya apa yang TSMY nak sampaikan..

| Live TV