Bagi penggemar jenama Starbucks dan Neelofar, korang pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kedua-dua jenama ini dalam masa yang terhad!
Ini kerana, Starbucks Malaysia telah berkolaborasi bersama Neelofa bagi memperkenalkan koleksi selendang keluaran Naelofar Hijab ini disemua rangkaian jenama kopi antarabangasa itu.
Naelofar X Starbucks didatangkan dengan tiga variasi warna yang berbeza iaitu, beige, hijau dan coklat dengan harga yang cukup berpatutan hanya dengan RM78 sahaja.

Sumber : www.xtra.com.my
Menariknya, variasi warna selendang keluaran Naelofar Hijab ini diinspirasikan daripada minuman yang terdapat di semua cawangan Starbucks iaitu coklat, Karamel dan teh hijau (Matcha).

Sumber : www.xtra.com.my
Membeli Sambil Beramal?
Setiap pembelian koleksi Naelofar X Starbucks ini, RM1 akan disumbangkan kepada badan amal pilihan Neelofa tau! Jadi korang boleh membeli, bergaya dan beramal dalam satu masa! Menarikkan?