Trending By: SGMS Faida April 4, 2018 @ 6:38am

Peminjam Lunas Hutang, PTPTN Berjaya Kutip RM 1.84 bilion

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching memaklumkan sebanyak 60 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membayar balik pinjaman mereka melibatkan sejumlah RM1.84 bilion sehingga Februari tahun ini.

Apapun, tahniah buat mereka yang berjaya melunaskan hutang pembiayaan pendidikan! Bukan apa, takut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), sudahnya korang tak boleh terbang ke luar negara pula.

Sehingga kini, jumlah pinjaman yang telah dibayar balik melibatkan sejumlah RM1.84 bilion sehingga Februari tahun ini. Jumlah itu dapat menampung kira-kira 76,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.

“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya.

Kain Ching berkata, tindakan menyenarai hitam merupakan langkah terakhir PTPTN setelah notis bayaran balik dan peringatan dihantar kepada peminjam.

Katanya, kaedah bayaran balik yang ditawarkan dalam program itu adalah sama ada untuk mengurangkan ansuran bulanan melalui penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan sehingga peminjam berumur 60 tahun, atau membuat penangguhan bayaran balik sehingga 24 bulan, sekiranya peminjam masih belum mendapat pekerjaan.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 15 Feb 2023

Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Emma and family! Makin meriah family

Trending Sat, 6 Oct 2018

Korban Palu Hari Kelapan, 1,571 Jasad Ditemui

Sebahagian besar mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna, sekali gus mendedahkan ancaman kepada penyelamat.

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Baling Barang Pelanggan, Pekerja Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Semoga barang-barang pelanggan dalam keadaan yang baik-baik

Selebriti Tue, 21 Nov 2023
error: Content is protected !!