Trending By: Salma Syahbuddin January 18, 2021 @ 1:46pm

Penangguhan & Pengurangan Bayaran Ansuran Sebanyak 50 Peratus Selama 6 Bulan Buat…

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) memaklumkan, enterpris mikro dengan pinjaman ATAU pembiayaan yang mana jumlah kemudahan asal sehingga RM150,000 boleh meminta untuk penangguhan ansuran tiga bulan ATAU mengurangkan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus untuk tempoh enam bulan.

Bantuan pembayaran balik ini adalah bagi golongan B40, M40 dan enterpris mikro layak untuk pinjaman ATAU pembiayaan diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih 90 hari pada tarikh permohonan bantuan pembayaran balik dihantar kepada bank.

Hubungi bank untuk pakej pembayaran balik

Manakala, semua peminjam ATAU pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman/pembiayaan juga dialu-alukan untuk menghubungi bank mereka bagi membincangkan pakej bantuan pembayaran balik yang sesuai.

Pengerusi ABM dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata bank kekal komited untuk membantu pelanggan yang terus berdepan cabaran persekitaran semasa.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Trending Fri, 23 Jun 2023

Jalaludin Hassan Dedah Punca Sakit, Kesal Tidak Ambil Serius – “Mulanya Saya Rasa Seperti Dah Pulih…”

Semoga jadi iktibar kepada orang ramai.. Min doakan Datuk Jalal cepat sembuh

Trending Fri, 3 Jan 2020