Trending By: SGMS Fas August 14, 2019 @ 12:23am

Pencarian Berakhir…Mayat Sah Milik Nora Anne!

SAH! Mayat wanita berkulit putih yang dijumpai di sebuah lokasi dari resort warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja itu.

Berita ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, hari ini.

Bercakap di sidang media di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, pengesahan dibuat selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan di hospital Seremban.

Sebelum itu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui petang tadi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.

Jelas Mazlan, mayat berkenaan ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne Quoirin  hilang.

Terdahulu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Mon, 17 May 2021

“Selagi Tiada Rasa, Mana Mungkin Boleh Melupakan” – Intan Saleh Luah Perasaan Setelah Bersua Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya, Intan Saleh akhirnya dipertemukan setelah empat tahun dalam program Melodi Raya yang bersiaran semalam. Menerusi Instagram Izreen, aktres itu memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen ‘memohon […]

Trending Thu, 18 Jun 2020

Bilangan Jemaah Di Surau Masjid Ditambah Kepada 250 Orang – Sultan Selangor

Jom sama-sama kita mengimarahkan kembali surau dan masjid..

Featured Mon, 12 Sep 2022
Featured Sat, 17 Dec 2022

‘Sejuta Maaf’ Buah Tangan Baharu Liza Hanim

Penyanyi Liza Hanim kembali menggegarkan industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul ‘Sejuta Maaf’. Lagu ini menceritakan tentang luahan suara hati seseorang yang ingin memohon berjuta kemaafan namun berhadapan dengan pelbagai halangan sehingga menyebabkan […]

Featured Thu, 19 Jan 2023