Trending By: Del14 November 6, 2019 @ 4:37pm

Azura Zainal di Pelancaran Pertandingan Luncur Ombak SGS 2019

Acara tahunan Pencarian Grom yang dianjurkan oleh Safari Xtreme Sports & Events akan kembali ke pantai Cherating, Pahang pada Disember ini dari 13 hingga 15 haribulan. Acara ini merupakan kerjasama yang berterusan bersama Rip Curl Malaysia, Pelancongan Pahang, MOTAC Pahang, Majlis Sukan Pahang serta sokongan padu daripada kelab luncur ombak setempat Cherating Boys.  Kelihatan di acara sidang media pelancaran pertandingan luncur ombak YM Tunku Dato’ Indera Kaiyisah Tunku Kamil Ikram yang juga merupakan anak saudara kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, yang merupakan penaung kepada acara tahunan tersebut memandangkan beliau juga merupakan anak jati Pahang.  Turut hadir selebriti Azura Zainal yang merupakan duta Rip Curl Malaysia, selain Pengarah MOTAC Pahang dan wakil Pengurus Besar Tourism Pahang yang datang memeriahkan majlis sidang media ini.

Azura Zainal sebagai tetamu khas di majlis sidang media SAFARI GROM Search 2019.

Setakat ini program ini merupakan satu-satunya acara luncur ombak yang memberi tumpuan kepada belia dan kanak-kanak (di bawah umur 16 tahun). Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara ini bertujuan untuk menarik bakat tempatan terbaik dalam sukan luncur ombak, pesaing antarabangsa dan pengunjung dari Pahang serta negeri jiran untuk menyaksikan pertandingan selama 3 hari pada musim tengkujuh ini.

Acara ini juga akan menawarkan aktiviti keluarga, untuk menambahkan lebih banyak keseronokan di pantai Cherating tahun ini. Apa yang baru tahun ini, adalah acara sulung SAFARI JUNIOR OPEN 2019 yang dibuka kepada para peluncur ombak dari seluruh dunia berumur 21 tahun ke bawah. Setakat ini, acara itu telah menerima lebih daripada 50 penyertaan dengan gabungan peluncur ombak tempatan dan antarabangsa. Acara SAFARI X menjangkakan penyertaan dari negara-negara seperti India, Sri Lanka, Indonesia Singapura dan Thailand antara lain.

YM Tunku Kaiyisah, YBhg Dato’ Idros Yahya dan Puan Atie bersama Narzeenas Ibrahim dari SAFARI X dalam sesi menandatangi papan luncur gimmik SGS2019.

Pencarian GROM yang bermula pada tahun 2017 itu adalah bertujuan untuk mencungkil bakat tempatan baru dalam arena sukan luncur ombak. Oleh itu, ia diharapkan dapat berkembang menjadi salah satu pertandingan luncur ombak terbesar dan yang ditunggu- tunggu melibatkan belia dan kanak-kanak. Pemenang pada tahun ini akan membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan, dan hadiah-hadiah lain dari penaja serta membawa pulang trofi khas SAFARI GROM SEARCH 2019. Di antara penaja yang menyokong acara tahun ini sejak tiga tahun lalu adalah Royal Chulan Cherating Chalet, Fida Agency, OHANA Dentist, Vans, Haus Boom, serta Candy Wax Borneo.  Malah terdapat juga exco-exco negeri Pahang yang memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan acara ini seperti YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain dan YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

Mushidy Ibrahim, Pengarah Safari Xtreme Sports & Events, penganjur acara ini berkata, “Kami melihat penambahbaikan dari segi penyertaan peluncur tempatan dan peluncur ombak antarabangsa yang merupakan bukti bahawa acara tahunan ini mempunyai daya tarikan yang baik dan semakin ramai mereka yang di dalam komuniti sukan luncur ombak ini mengetahui mengenai usaha kami di SAFARI X.”

“Safari Grom Search 2019 merupakan platform yang hebat untuk mempromosikan Pahang, terutama Cherating sebagai destinasi meluncur ombak. Sports Tourism pastinya merupakan cara baru yang efektif dalam mempromosikan beberapa destinasi di Malaysia. Kita merasa bertuah kerana mempunyai pantai yang indah seperti Cherating dan ombak bermusim. Dengan kedatangan peluncur ombak antarabangsa seperti dari negara India, membuktikan bahawa Cherating memang patut dipromosikan di mata dunia dengan lebih lagi.” Dato’ Idros Yahya, Pengarah MOTAC Pahang mempunyai harapan tinggi bahawa acara ini boleh menjadi sebahagian daripada inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2020.

Dato’ Idros Yahya ketika menyampaikan ucapan beliau.

Memetik kenyataan Datuk Ishak Mokhtar, Pengurus Besar Tourism Pahang, beliau berkata “Tourism Pahang sangat bangga kerana dapat menyokong acara ini untuk tahun ketiga tahun ini kerana ia telah terbukti memberi manfaat kepada masyarakat Cherating dan memenuhi salah satu objektif kami di Tourism Pahang.  Acara ini mempunyai daya tarikan yang semakin meningkat setiap tahun dan menjadi lebih berkesan dalam menarik pengunjung sama ada di dalam atau di luar negara untuk berkunjung ke Cherating, Pahang.” katanya lagi.

Sementara itu Pengurus Pemasaran Rip Curl Malaysia yang juga telah bekerjasama dengan SAFARI X semenjak tahun 2017 juga merasakan platform yang disediakan oleh syarikat itu sememangnya sesuai dengan objektif Rip Curl Malaysia dalam memasarkan jenama Rip Curl bagi sukan luncur ombak.

Muhammad Faisal Daud, atau lebih mesra dengan panggilan Moe, dari Rip Curl Malaysia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Mar 2020

“Saya Bukan Bodoh, Tunjuk Mewah Lepastu Minta Bantuan,”- Black Hanifah Bidas Kecaman Warganet

PENYANYI Black Hanifah menerima kecaman teruk daripada netizen selepas mengeluarkan kenyataan mencadangkan pihak kerajaan agar tidak meminggirkan golongan penggiat seni tempatan. Menurut Black, penggiat seni juga turut menerima tempias kerana lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan […]

Featured Fri, 13 Jan 2023

Dr Zulkifli Titip 13 Nasihat Buat Syamsul Yusof, Harap Isu Diselesaikan Dengan Baik

MasyaAllah sungguh bermanfaat sekali pencerahan Dr Zulkifli

Selebriti Wed, 6 Sep 2023

“It’s Due Next Month” – Bakal Timang Anak Kedua, Izara Aishah Kongsi Foto ‘Baby Bump’

Alhamdulillah Tahniah! Semoga dipermudah urusan bersalin Izara 🫶

Featured Wed, 1 Mar 2023