Featured By: Attiqah Mohd May 28, 2021 @ 8:05pm

Penderitaan Gadis Jadi Pemuas Nafsu Bapa Sejak Berusia 6 Tahun

Seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan membuat laporan dicabul bapanya yang berusia 45 tahun pada Selasa lalu.

Mengikut laporan polis yang dibuat mangsa, bapa yang bekerja sebagai juruteknik telah mencabulnya ketika berada di ruang tamu rumah mereka di sebuah apartment di Bukit Mertajam.

“Bagaimanapun hasil soal siasat lanjut ke atas mangsa mendapati dia sebenarnya dipercayai telah dipaksa melakukan hubungan seks sejak berusia enam tahun malah pernah diliwat semasa berusia 15 tahun.

“Kejadian itu dipercayai berterusan sehingga dia berusia 18 tahun. Mangsa merahsiakan kejadian tersebut daripada pengetahuan ibunya kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kedua-dua ibu bapanya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun akibat tertekan mangsa akhirnya membuka mulut dan tampil membuat laporan polis.

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut.

Shafee berkata, polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai telah melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi mereka yang menjadi mangsa kezaliman seperti penderaan, rogol, keganasan rumah tangga dan sebagainya. Segera laporkan pada pihak berkuasa atau dapatkan bantuan  dengan menghubungi talian tertera di Talian Kasih 15999.

Sumber : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Oct 2018

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah, Majlis Perbandaran Kuantan Beri Amaran

Featured Sun, 23 Oct 2022
Featured Wed, 24 Apr 2024

“Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

Deep betul pesanan Datuk Red. Sebak pula tengok video dia!🤧

Trending Tue, 16 Oct 2018

Nike签下首位脑麻运动员!他泪崩「能限制你的只有你的思想」

运动品牌Nike近期宣布,签下品牌旗下第一位残障马拉松选手;当事人得知后一度跪地痛哭,他说道「谢谢大家相信,这个世界上没有身障人士做不到的事情。」

Trending Mon, 7 Sep 2020
Featured Wed, 14 Dec 2022

‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Katanya bayi perempuan tak perlu sunat sebab tak menjejaskan kesihatan. Apa pandangan korang?