Trending By: SGMS Enal January 4, 2019 @ 1:58pm

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Bangkok Airways telah membatalkan semua penerbangan ke dan dari lapangan terbang Samui pada hari ini (Jumaat) ekoran keselamatan penumpang, ketika ribut tropika Pabuk sedang bergerak ke arah selatan.

Syarikat penerbangan itu berkata pada hari Khamis, memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan sementara dalam menghadapi angin ribut dan hujan lebat di Teluk Thailand disebabkan oleh ribut Pabuk.

Penduduk tempatan, pelancong dan pengusaha pelancongan telah dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menghadapi fenomena ini.

Gabenor Surat Thani Witchawut Jinto pada hari Rabu mengarahkan pegawai dari pejabat marin wilayah untuk memerhati sepenuhnya semua kapal, termasuk bot laju dan feri, di wilayah itu dari hari Khamis hingga Sabtu. Ribut itu dijangka melanda semua daerah, termasuk Koh Samui dan Koh Phangan.

Semua taman negara dan tempat pelancongan mesti bersedia untuk ditutup dengan segera jika keadaan menuntutnya, katanya. Banjir kilat mungkin berlaku di beberapa kawasan di wilayah itu. Kemas kini cuaca Jabatan Meteorologi pada pukul 5 petang semalam berkata ribut itu akan bergerak melalui Chumphon dan Surat Thani pada malam Jumaat.

Kebanyakan bahagian Koh Samui pula akan menghadapi hujan lebat hingga hari Sabtu serta aktiviti laut yang bergelora turut diramalkan.

Sumber: Bangkok Post

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Aug 2018

6 Reasons Why You Won’t Get Rich By Reading About Personal Finance

The truth stings but at least you can learn from it.

Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Drama Tue, 16 May 2023
Hiburan Fri, 14 Apr 2023

Tanda Penghormatan Karya Malaysia, Charly Setia Band Tampil Dengan Single Bukan Ku Tak Sudi

Best jugak lagu legend Bukan Ku Tak Sudi version charly ni!

Featured Mon, 14 Nov 2022