Trending By: Padin August 10, 2022 @ 9:01am

Penerbit & Pengarah Tak Ada Masalah Jalin Semula Kerjasama Dengan Ben Amir

Penerbit Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain tidak mempunyai sebarang halangan untuk bekerjasama dengan pelakon Ben Amir biarpun pernah mengalami masalah melibatkan saman melanggar kontrak.

Tidak mengambil pendekatan untuk menyenaraihitamkan aktor itu, penerbit drama bersiri Demi itu merasakan apa yang pernah terjadi sudah selesai dan membuka segala peluang baharu.

“Biasalah, kadang-kadang ada kala kita akan tergelincir sedikit, kita tak tahu. Dia (Ben Amir) merupakan orang yang baik, kita tak ban pun.

“Insiden itu sudah berlalu dan saya sendiri sudah memaafkan apa yang terjadi. Sejujurnya, tak ada isu lagi yang timbul antara saya dan dia,” kata Mahfuzah.

Mahfuzah yang mengalami kerugian lebih RM600,000 akibat wabak Covid-19 dan beberapa perkara berkaitan sepanjang projek drama bersiri ini dijalankan berpuas hati dengan hasil akhir Demi.

“Saya rugi saya lebih kurang RM600,000 tapi saya rasa puas hati. Semua benda yang dah berlaku, dengan ada kes mahkamah yang sudah diselesaikan cara baik, saya sudah maafkan.

“Sejujurnya, banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang proses penerbitan drama Demi walaupun dah dua tahun berlalu. Saya dapat semangat persahabatan. Dalam industri kita ni, tak kira apa juga status, nak dapat semangat setiakawan itu bukan mudah,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengarah drama bersiri Demi, Rahila Ali juga bersedia untuk kembali menjalin kerjasama dengan aktor berkenaan di masa akan datang sekiranya ada peluang.

“Apa yang dah jadi, benda dah lepas, sudahpun berlaku. Kita manusia dan tak sempurna. Mungkin ada tergelincir. Mungkin kalau ada jodoh kita akan bekerja kembali,” ujarnya.

Pada 27 Mac 2020, produksi drama terbabit mendakwa Ben pulang ke Malaysia bersendirian meninggalkan semua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalani penggambaran di Scotland ketika pandemik COVID-19 sedang rancak menyerang dunia.

Tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri kerana penggambaran drama itu belum selesai.

Ben pada April lalu bersetuju membayar RM100,000 sebagai bayaran penyelesaian kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd berhubung kes saman melanggar kontrak.

Dalam prosiding di Mahkamah Kuala Lumpur, Ben bersetuju membayar RM100,000 dengan lima kali bayaran sebanyak ansuran sebanyak RM20,000 bermula 10 Mei.

Drama Demi yang diadaptasi daripada novel dibintangi Keith Foo, Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Ika Nabela, Riz Amin, Tania Hudson, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Demi menceritakan kehidupan pahit seorang isteri bernama Suraya. Selepas berkahwin dengan Fairul, seorang lelaki kacukan Melayu-Scottish yang bekerja sebagai doktor, kebahagiaan tidak seindah yang diimpikan.

Ketika mereka berhijrah menetap di luar negara, Fairul bukan sahaja bermain kayu tiga sebaliknya memilih menjadi murtad malah melarang Suraya mendidik anak untuk berpegang ke jalan agama yang sebenar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Oct 2021

Nak Anak Pertama Baby Girl Ke Baby Boy? Ini Jawab Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, 32, mengakui dia dan suami, PU Riz atau Haris Ismail, 26, tidak meletakkan sebarang sasaran jantina bayi sekiranya mereka dikurniakan dengan anak sulung selepas ini. Menurut pemilik nama sebenar Noor […]

Trending Thu, 7 Mar 2019

滑溜溜大眼舍不得戳!萌系煎蛋太疗愈

除了利用不同的烹调方式料理鸡蛋,大家是否有尝试过改变煎鸡蛋的造型吗?

Trending Tue, 26 Jan 2021

PKP Tidak Akan Disambung Kecuali…

Stay Safe! #KitaJagaKita

Featured Sat, 24 Dec 2022
Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Haqiem Rusli Kena Beguk, Isteri Minta Tips Redakan

Alamak, sakitnya kena beguk! Get well soon Haqiem!

Featured Sun, 23 Oct 2022