Categories: Trending

Pengakhiran ‘Derita’ Ainul Mardhiah..

Kisah Ainul Mardhiah bayi berusia sembilan bulan  yang menghidapi Germ Cell Tumour pada awal tahun ini mendapat perhatian netizen seluruh Malaysia. Ramai yang bersimpati dan sayu hati melihat  keadaan bayi comel itu sehingga kisahnya mendapat perhatian Dr. Amalina Che Bakri. 

Menurut perkongsian daripada Dr Amalina Che Bakri di laman Instagramnya, ketumbuhan seberat 200 g yang dihidapi Ainul Mardhiah berjaya dibedah dan dibuang selepas 5 jam. Operasi pembedahan tersebut diketuai oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway dan Dr Julian Ong. 

Menerusi Berita Harian, Dr Ong yang berasal dari Pulau Pinang menjelaskan, sampel ‘biopsi’ terhadap tumor pada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.

sumber:https://www.instagram.com/dramalinabakri/?hl=en

Katanya, keutamaan kini terarah kepada usaha untuk merehatkan Ainul menerusi jagaan rapi petugas perubatan supaya luka pembedahan berupaya pulih secepat mungkin, sebelum kesihatan bayi berkenaan dinilai semula.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah tular tersebar sehingga tercetusnya ‘Gelombang Ainul Mardhiah’ , dipercayai ramai netizen bersimpati dengan nasib bayi kecil ini malah sumbangan dan derma disalurkan untuk membantu Ainul Mardhiah sekeluarga. 

Kami di Xtra mendoakan agar Ainul Mardhia cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Tahniah juga buat kumpulan doktor pakar di London yang merawat Ainul Mardhiah. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”