Trending By: Padin February 24, 2022 @ 9:57am

“Pengalaman Dalam Lokap 3 Hari 2 Malam Detik Hitam Terburuk” – Tauke Jambu

Pelawak Tauke Jambu mengakui pengalamannya ditahan dalam lokap selama tiga hari dua malam sekitar Ogos 2021 merupakan detik hitam terburuk yang berlaku dalam hidupnya.

Menjadikan insiden terbabit sebagai satu ujian, Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 46, mengakui ‘hilang arah’ ketika kejadian itu berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Terkenal Disyaki ‘Bapa Ayam’ Ditahan Polis, Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Dengan Kes Pemerdagangan Manusia

ARTIKEL BERKAITAN: Eksploitasi S**ks & Pemerdagangan Manusia, Pelawak Tidak Akan Didakwa Di Mahkamah

“Kalau nak kata kejadian terburuk yang paling buat saya terduduk, ketika saya ditahan sekitar tahun lalu.

“Dekat dalam balai, saya kena tahan selama tiga hari dua malam. Tapi, Allah nak uji saya, Alhamdulillah dekat dalam balai, bayangkan saya seorang dalam balai, dalam lokap.

“Mental agak ‘down’, saya bagai hilang arah sekejap sebab tak pernah lalui kejadian seperti itu. Ketika itu, kita punya kerohanian bagai ‘diperah’. Tak pernah saya alami detik hitam seperti insiden tersebut,” katanya.

Tauke ditemui di majlis pelancaran program bual bicara Jari Neraka terbitan Rentak Sehati di Subang pada Isnin.

Rentak Sehati bekerjasama dengan Cyber Security Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), menerbitkan program Jari Neraka menerusi YouTube.

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi turut hadir memeriahkan majlis.

Program Jari Neraka yang mula ditayangkan pada Jumaat, 25 Februari jam 9 malam di YouTube ini bakal menyaksikan Tauke bergandingan dengan Zarina Anjoulie selaku pengacara.

Selain pengacara, Tauke juga bertindak sebagai pencetus dan penerbit program yang menampilkan selebriti jemputan seperti Iqram Dinzly, Zed Zaidi, PU Amin, Yusof Azmi dan ramai lagi.

Tambah Tauke, insiden buruk tahun lalu menjadi pencetus dia datang dengan idea untuk menerbitkan program Jari Neraka.

“Biarpun saya tak didakwa di mahkamah dan penahanan saya adalah hanya untuk membantu siasatan, kecaman yang netizen berikan sangat buruk.

“Dari situ, saya dapat ilham untuk menerbitkan Jari Neraka. Saya harap program ini dapat mendidik masyarakat terutama anak-anak muda mengenai kesedaran penggunaan internet yang lebih positif selain memahami bahaya jenayah siber,” katanya.

Kredit foto: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Trending Fri, 30 Jul 2021

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Kepada Semua Peminjam Dilanjutkan – AIM

Berkuatkuasa pada tarikh yang telah ditetapkan

Featured Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Tue, 23 Aug 2022

Didakwa Gelak Kuat Kerana Suka Perhatian, Janna Nick Berlawan Dengan Penyakit

Semoga Janna terus kuat menghadapi ujian hidup ini.

Trending Mon, 16 Apr 2018

Cheap Singaporean BMW Driver Scams Caltex Worker into Paying for his Petrol

This incident has turned into a national case. Everyone is hunting for the BMW driver!

Trending Tue, 11 Sep 2018

Rugi RM317,500 Ditipu Sindiket ‘Macau Scam’

Pesara guru kerugian RM317,500 apabila menjadi mangsa kepada sindiket Macau Scam selepas mengeluarkan wang simpanannya

Featured Wed, 6 Mar 2019

Cinta pasangan China-Malaysia ini berputik melalui laman Friendster, bacalah kisah romantik mereka!

Mereka bertuah kerana bukan semua hubungan cinta atas talian berkekalan.

Kisah Viral Fri, 8 Dec 2023

Dedah Detik Anak Hilang Dari Pandangan, Rakaman Suara Wanita Dipercayai Ibu Arwah Adik Zayn Rayyan Tular 

Anak Syurga, Zayn Rayyan… Tenanglah adik di tempat paling indah itu 😭😭😢