Trending By: Salma Syahbuddin December 1, 2020 @ 12:17pm

Pengecualian Cukai SSPN Sehingga RM8,000

Dalam Belanjawan 2021 menerusi pembentangan langkah cukai, insentif pelepasan cukai pendapatan telahpun diperluaskan terutamanya bagi mengurangkan bebanan rakyat.

Ia termasuklah, cadangan mengekalkan pengecualian cukai pendapatan bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Dilanjutkan sehingga 2022

Belanjawan 2021 juga mencadangkan potongan cukai menerusi bidang pendidikan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan untuk dua tahun.

iaitu sehingga tahun 2022 bagi simpanan bersih SSPN tahun semasa dengan pengecualian cukai maksimum sehingga RM8,000.

Syarat pelepasan cukai SSPN

Pelepasan ini juga diberikan kepada ibu bapa, ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang dan menyimpan dalam akaun SSPN. Dan, pendeposit juga boleh menikmati manfaat tersebut sehingga RM8,000 tertakluk kepada jumlah simpanan bersih.

Bagi ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan membuka akaun simpanan SSPN berasingan layak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000 setahun.

Bukan itu sahaja, ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan membuka akaun simpanan SSPN berasingan atas anak yang sama turut diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000 seorang setahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian cukai SSPN, bolehlah layari portal berkenaan SSPN.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Thu, 23 Mar 2023
Trending Wed, 14 Mar 2018

Stephen Hawking Passes Away at Age 76

The iconic physicist, Stephen Hawking has passed away at the age of 76 this morning.

Hiburan Tue, 10 May 2022

“Selepas Lebih 100 Hari Di NICU, Anak Perempuan Kami Akhirnya Pulang Ke Rumah” – Anak Priyanka Chopra Lahir Pra-Matang

Selepas lebih 100 hari di NICU kerana lahir pra-matang, akhirnya anak Priyanka dan Nick pulang ke rumah.

Featured Sun, 3 Jul 2022
Featured Sat, 24 Sep 2022

Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Alamak! Siapa pulak ni? Tapi, dengar kata selebriti tu selalu buka slot ‘paid review’ dekat IG 🤨

error: Content is protected !!