Categories: Trending

Pengecualian Sebanyak RM5000 Untuk Cukai Pendapatan – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan bersama menjana ekonomi itu membabitkan tiga teras utama iaitu memperkasa rakyat, melonjak perniagaan dan meransang ekonomi.

Justeru itu, kerajaan yang menggalakkan majikan terutamanya industri PKS untuk melaksanakan konsep bekerja dari rumah atau work from home akan diberikan insentif percukaian dan juga perlindungan insuran pekerjaan.

Sebagai contoh, pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, komputer riba atau tablet daripada majikan.

Insentif sebanyak RM3000

Ini adalah untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa menghantar semula anak-anak mereka ke taska.

Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan. Selain itu, e-Baucar juga akan disediakan buat pengasuh yang ditempah dalam talian.

Manakala, insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000. Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan LHDN .

Salma Syahbuddin