Categories: Trending

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Perlu Dibenarkan, Keutamaan Buat B40 M40

Sejak akhir akhir ini, isu pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi topik perbincangan ramai. 

Ramai yang berharap agar kerajaan membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP kerana masalah ekonomi yang dihadapi rakyat akibat COVID-19, terutamanya buat mereka yang hilang pekerjaan.

Walaubagaimanapun, pengeluaran tersebut perlu disertakan dengan beberapa syarat-syarat. 

Keutamaan buat M40 dan B40

Menurut Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma, keutamaan perlu diberikan kepada golongan yang benar – benar memerlukan seperti M40 dan B40.

“Ini kerana ramai golongan tersebut berhadapan dengan masalah dibuang kerja dan hilang mata pencarian,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga dilihat sudah berbelanja dengan jumlah yang dikatakan agak besar bagi menghadapi krisis kali ini.

“Untuk menangani penularan Covid-19 ini sahaja, kerajaan membelanjakan keseluruhannya sebanyak RM305 bilion.”

“Itu perbelanjaan yang terbesar pernah Malaysia lakukan jika dibandingkan dengan krisis sebelum ini seperti contohnya krisis kewangan 1997 dan sub-prime 2008,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”