Trending By: Salma Syahbuddin July 9, 2021 @ 3:02pm

Pengurangan Sewa Selama 3 Bulan Buat Peniaga Di R&R – PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataannya memaklumkan, akan memberi bantuan tambahan kepada rakan niaganya di kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya itu yang terjejas berikutan krisis Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, bantuan berkenaan termasuk pengecualian sewa bulanan untuk semua rakan niaga di R&R Gelang Patah (Arah Utara dan Selatan) susulan penutupan sementara sempadan Malaysia-Singapura.

Malah, bantuan berbentuk pengurangan sewa bulanan selama tiga bulan terbabit diberikan kepada semua rakan niaga dan pengendali perniagaan sementara bermula Ogos hingga Oktober depan.

“PLUS konsisten membantu rakan niaga sejak pelaksanaan PKP Mac tahun lalu.

Katanya, PLUS juga melanjutkan pengecualian sewa bulanan dua minggu kepada rakan niaga yang terjejas berikutan pengumuman kerajaan yang melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

Pembayaran secara berkala &  pengecualian caj bayar lewat

Selain itu, PLUS juga meneliti cadangan pembayaran secara berkala serta pengecualian caj bayaran lewat untuk rakan niaganya.

Bantuan ini juga turut diberikan kepada pengusaha tempatan di R&R di kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Bantuan pengurangan sewa ini diberikan sejak tahun 2020 susulan pelaksanaan PKP sebelum ini dan PLUS sentiasa mencari jalan untuk membantu rakan niaga mereka melalui pendekatan terbaik, walaupun turut berdepan dengan cabaran pandemik.

 

 

Sumber : PLUS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Apr 2023

Video Perkahwinan Farid Kamil, Diana Danielle Tular Di TikTok, Netizen Luah Rasa Sayu – “Awal-Awal Indah Belaka..”

Hmmm… Min pun ikut sebak ni 😭😭 Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini

Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Berseri Pakai Busana Serba Putih, Majlis Sanding Mizz Nina & Suami Di KL Penuh Intimate!

Sweetnyaaaa 🥰🥰 Manis senyuman Mizz Nina terpancar kebahagiaannya dengan suami, Essam Muhammad 🥰

Trending Thu, 16 Jan 2020

Anak Pendakwah Ahmed Deedat Ditembak Di Kepala

Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah mahkamah, pada Isnin. Jurucakap polis, Kolonel Thembeka Mbela berkata, mangsa, Yousuf Deedat, […]

Trending Thu, 18 Aug 2022

“Stylonya Dua Beradik Ni” – Penampilan Ummi Nazeera dan Abang Curi Tumpuan di KL Fashion Week

Pelakon Ummi Nazeera antara selebriti tanah air yang sentiasa mempunyai personaliti yang menarik sehingga namanya kini menjadi sebutan ramai dek kerana lakonannya yang mantap. Umum mengetahui, Pelakon Risik Pada Hati itu juga mempunyai seorang abang […]

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Wed, 8 Nov 2023