Seorang wanita ditahan kerana dipercayai memasang bendera Malaysia terbalik di sebuah premis kedai makan di Taman Nasib, Kluang.
Kantoi akibat laporan orang awam

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bertindak atas maklumat dan laporan orang awam. Dan, hasil siasatan mendapati premis terbabit menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2017 namun tidak lagi beroperasi sejak awal Januari lalu.
Menurutnya lagi, pemasangan bendera terbalik ini adalah sejak premis tersebut menjalankan perniagaan dan hasil siasatan tersebut, polis turut merampas sehelai bendera Malaysia yang dipercayai telah digunakan.
Denda ATAU penjara selama 3 tahun
Tambahnya lagi, suspek yang berusia 55 tahun akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (penggunaan tidak wajar) (pindaan 2017) dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Justeru itu, beliau turut menasihatkan agar orang awam sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara. Malah, tindakan tegas akan diambil bagi mana-mana rakyat negara ini yang melanggar undang-undang dan melakukan perkara sedemikian.