Featured By: Yanie Baharom April 15, 2020 @ 6:00pm

Penjarakan sosial di udara, Air Tahiti Nui TN064 cipta rekod penerbangan domestik terpanjang 2020

Penjarakan sosial yang selamat adalah amalan penting sepanjang penularan wabak COVID-19, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat tetapi juga di udara.

Maksudnya, burung-burung yang terbang pun harus mengamalkan penjarakan sosial?

Kalau nak tahu, penjarakan sosial atas udara ini membabitkan pengalaman menarik penerbangan Air Tahiti Nui TN064 yang telah mencipta rekod dunia dengan penerbangan domestik terpanjang pada tahun 2020.

Melalui laporan media antarabangsa, pesawat Boeing 787  itu terpaksa terbang menggunakan laluan alternatif dari Papeete, di kepulauan Polinesia yang terletak di lautan Pasifik ke Paris, Perancis dengan jarak 9,775 batu dan masa perjalanan 15 jam 45 minit.

Foto: Fly4Free

Pada 14 Mac lalu, penerbangan yang biasanya akan membuat persinggahan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, kerana sekatan sempadan bagi mencegah penularan COVID-19.

Disebabkan itu pesawat terpaksa terbang di luar laluan biasa tanpa henti. Sebelum ini, rekod penerbangan terpanjang dicatatkan oleh Singapore Airlines yang terbang sejauh 9,534 batu dari Singapura ke Newark, New Jersey, AS.

Saat berita ini tular, syarikat penerbangan Perancis dengan cepat menyatakan bahawa laluan itu hanya berlaku sekali. Laluan ini bukan penerbangan tetap yang dijadualkan.

Daripada menghubungkan melalui Los Angeles, Air Tahiti Nui sebaliknya akan melakukan persinggahan di Pointe-a-Pitre, Guadeloupe (pulau di perairan Caribbean) pada masa depan.

Foto:

Memetik kenyataan Airfarewatchdog,  pesawat yang mampu menampung seramai 330 penumpang itu hanya dinaiki 130 orang. Jumlah yang sedikit membuatkan pesawat mempunyai bahan bakar tambahan yang cukup untuk membuat penerbangan panjang tanpa berhenti.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022
Trending Sat, 19 May 2018

Netizen Terpukau Ucapan Tahniah Duta Perancis Dalam Bahasa Melayu

video ucapan tahniah Frederic itu disampaikan dalam bahasa Melayu sekali gus mendapat pujian daripada netizen Malaysia.

Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Gara-Gara Tayang Foto Aksi Mesra Dengan Kekasih, Atiq Azman Ditegur… Netizen Kaitkan Dengan Status ‘Budak Tahfiz’

Oh…Atiq Azman ni rupanya bekas pelajar tahfiz…tak baik tau netizen cakap macam tu!

Featured Thu, 9 Feb 2023
Trending Mon, 9 Sep 2019

Dewan Tun Razak PWTC Terbakar!

Kebetulan MATTA fair sedang berlangsung dan api dapat dikawal

Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] Aksi Fuad Rahman & Tom Berhibur Dalam Kereta Dikecam Netizen! – “Dah Macam Kat Kelab Malam”

Fuh rancaknya!! ‘Sepadan, sekufu.. Tengah bahagia kan’ – Netizen 🤩🥵

Featured Mon, 22 May 2023