Trending By: Attiqah Mohd March 25, 2019 @ 1:48pm

Penumpang Berdepan Detik Cemas! Kapal Mewah Viking Sky Hampir Tenggelam

Sebuah kapal mewah yang diberi nama “Viking Sky” hampir tenggelam apabila berdepan detik cemas saat dilambung ombak setinggi 8 meter di Laut Norway. 

Kapal mewah yang membawa 1300 penumpang itu dipercayai mengalami kerosakan pada salah satu enjinnya sebelum diserang ombak.

Kapal persiaran mewah itu menghantar isyarat kecemasan Mayday pada jam 2 petang hari Sabtu yang lalu, krew helikopter turut mengambil masa selama berbelas jam untuk menyelamatkan warga emas di dek kapal. 

Sebuah video yang dirakamkan oleh salah seorang penumpang menunjukkan keadaan kapal berpusing ke sudut sekitar 45 darjah akibat dilambung ombak, air laut turut memasuki kawasan kapal.

Sumber: Daily Mail

Walaubagaimanpun, salah sebuah enjin kembali berfungsi dan kapal mewah itu akhirnya berjaya tiba di pelabuhan pantai Molde, Norway.

Torstein Hagen, pemilik kapal mewah tersebut berkata kebanyakan penumpang mereka adalah warga emas. “Kejadian ini  membuatkan mereka trauma tetapi mereka dapat menanganinya dengan baik”.

Menurut stesen TV Norway, 20 orang telah dibawa ke hospital, 3 dengan kecederaan serius, dan seorang lelaki berusia 90 tahun dan isterinya berusia 70 tahun cedera parah.

Saksikan detik-detik cemas kapal ini hampir tenggelam di tengah lautan Norway.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Apr 2021
Trending Sun, 5 Jan 2020

150 notis dikeluarkan ke atas perokok di Selangor

Sebanyak 150 notis kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM30,750 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) terhadap perokok dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok yang dijalankan ke atas 562 premis di negeri itu sejak Rabu lepas. Pengarah […]

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Thu, 22 Sep 2022

“Jangan Bangga Ada Pakwe Bukan Islam” – PU Syed Tegur Yazmin Aziz

PU Syed dah tegur dah tu.. Doakan yang baik-baik

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

Trending Fri, 5 Jun 2020

Tambahan RM50 Juta Untuk Skim PEKA B40

Berita baik buat golongan B40