Trending By: SGMS Faida April 17, 2018 @ 7:42am

Terlebih Lena Dalam Teksi, Polis Terpaksa Kejut Penumpang ‘Tidur Mati’!

Selepas dikejut berkali-kali oleh pemandu teksi, si penumpang tetap tak bangun! Kalau korang di tempat pemandu itu, apa korang akan buat?

Si pemandu teksi itu mengambil langkah bijak dengan segera ke balai polis berdekatan. Ini yang berlaku oleh seorang pemandu teksi yang terpaksa membawa penumpangnya ke Balai Polis Sikamat untuk mendapatkan bantuan!

Apa tidaknya, selepas tiga jam tidur di dalam teksi berkenaan, barulah lelaki itu tersedar. Menurut ibu penumpang, anaknya itu mengalami masalah sukar untuk bangun daripada tidur.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh memaklumkan lelaki berusia 20-an itu menaiki teksi dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, katanya, lelaki terbabit tertidur dan gagal dikejutkan oleh pemandu teksi sebaik tiba di kawasan perumahan berkenaan.

“Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu, pemandu teksi mengambil keputusan membawanya ke Balai Polis Sikamat kerana dia tidak tahu alamat rumahnya. 

“Beberapa anggota polis turut gagal mengejutkannya namun, berjaya mengesan ibunya berusia 55 tahun berdasarkan maklumat dokumen pengenalan diri milik lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibu lelaki berkenaan dan ahli keluarganya datang ke balai polis dan dengan bantuan mereka lelaki itu akhirnya terjaga. 

Tambahnya, ibu lelaki itu membuat laporan polis pada pukul 3.51 petang tadi sebaik menyedari video dan gambar kejadian anaknya sukar dikejutkan daripada tidur oleh pemandu teksi itu tular di laman sosial.

“Wanita itu dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh anak bongsunya pada pukul 6.30 petang semalam. Video dan gambar itu tular selepas dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook dan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Oct 2018

Macam Tak Percaya, Siaran Youtube Down!

Youtube server down? Macam tak percaya je

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Mon, 13 Mar 2023
Trending Wed, 13 Jun 2018

Raya Ini, Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

Trending Fri, 2 Nov 2018

Selamat Tinggal JDT, Ke Mana Safiq Rahim Selepas Ini?

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.

error: Content is protected !!