Categories: Trending

Penuntut IPT, Pelajar Masuk Asrama Tak Wajib ‘Swab Test’

Penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah tidak diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 untuk memasuki asrama atau menduduki peperiksaan kecuali jika bergejala sahaja.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menerima  laporan  berkenaan IPT dan sekolah di beberapa negeri yang mengenakan syarat kepada pelajar supaya membuat ujian saringan sebelum masuk ke kampus atau asrama bagi menduduki peperiksaan dengan kos ditanggung sendiri.

“Syarat dikenakan beberapa IPT dan sekolah ini tidak boleh digunakan.

“Pelajar yang ingin memasuki peperiksaan, balik ke asrama atau kampus tidak diwajibkan untuk menjalani ‘swab test’ kecuali bergejala sahaja,” katanya ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Tonton video di bawah untuk info lanjut:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”