Trending By: Ad Ops January 11, 2019 @ 12:40pm

Penyedut minuman Yakult dikira antik di Singapura, jadi ada orang menjualnya dengan harga RM3,000

Dalam usaha untuk menjadi lebih mesra alam sekitar, Yakult Singapura berhenti menyediakan penyedut minuman bagi produknya, Yakult dan Yakult Ace, sejak bulan lalu.

Ekoran itu, beberapa individu yang kreatif telah mengambil kesempatan untuk membuat duit!

Menurut laporan Mothership, mereka dapat melihat adanya nilai sentimental dalam penyedut minuman itu. Jadi mereka membuat keputusan untuk menjualnya menerusi pasaran atas talian Carousell!

Seorang netizen yang kreatif telah menyenaraikan penyedut minuman ini di bawah kategori koleksi antik, dan menjualnya pada harga mahal, iaitu SGD199 (lebih kurang RM602).

Hantaran itu disertakan dengan keterangan gambar yang bertulis, “Minuman probiotik popular, Yakult, dulu dipakejkan dengan penyedut minuman. Pada hari ini, sebatang pun tak nampak – sudah menjadi mangsa bagi aliran bebas penyedut minuman”.

“SGD199 mungkin tak masuk akal sekarang, tetapi pastinya ia merupakan satu pelaburan yang bijak demi generasi akan datang.”

Foto: Sg.carousell.com

Wah! Pandai dia menyusun ayat!

Sementara itu, seorang lagi individu menjual sebatang penyedut minuman Yakult miliknya pada harga SGD1,000 (lebih kurang RM3,025).

Dia juga menggambarkan produk berkenaan sebagai jarang dijumpai, dan hanya sebatang saja yang tinggal di Singapura. Tetapi mahalnya!

Foto: Mothership

Seorang lagi menjual sepaket penyedut minuman Yakult pada harga SGD500 (RM1,512).

Foto: Mothership

Penjual di bawah ini pula mungkin lebih murah hati, jadi dia menjual satu pek penyedut minuman ini pada harga SGD100 (lebih kurang RM302).

Kesimpulannya, tidak tahu sama ada penjual terbabit hanya berjenaka atau memang serius. Tapi jika penyedut minuman ini memang antik, sanggupkah anda bayar sebanyak itu untuk membelinya?

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Jul 2022
Trending Mon, 3 Feb 2020
Featured Tue, 23 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Teruja Imran Aqil Dikatakan Sudah Bertunang Dengan Dahlia Rizal

Ohh, ini ke yang kata ‘best friend’ je tu? Hehehehe! Kalau betul congrats lovebirds! 🥰🥰🥰

Trending Thu, 2 Sep 2021

Sebanyak RM99.4 Bilion Dikreditkan Kepada Pencarum i-Lestari, i-Sinar & i-Citra

Setakat 19 Ogos, pengeluaran kumulatif i-Citra yang diluluskan adalah sebanyak RM20.2 bilion!

Featured Sun, 18 Jul 2021

Permohonan i-Citra Tidak Berjaya ? Jom Cuba Cara Ini!

Umum maklum, para pencarum KWSP kini boleh menyemak keputusan permohonan i-Citra yang bermula 12 Julai lalu. Namun, masih ada segelintir  permohonan yang tidak diluluskan oleh i-Citra Justeru bagi mereka yang menerima keputusan tidak berjaya. Anda

| Live TV