Trending By: SGMS Enal October 23, 2019 @ 12:12pm

Penyelia Dakwa Jumpa Kondom Dalam Tong Sampah IPT Di Asrama Lelaki

Dua minggu kebelakangan ini, dinding media sosial dipenuhi dengan gambar para graduan meraikan kejayaan pada hari konvokesyen mereka. Riak ceria terserlah di wajah masing-masing setelah hampir bertahun-tahun berjuang untuk menggenggam segulung ijazah.

Namun disebalik kisah retorik kejayaan mahasiswa, terselit satu ciapan yang tular semalam di laman twitter tentang isu yang melibatkan mahasiswa. Seorang penceramah bebas, Mohd Fadhli mengetengahkan isu tentang perasaan malu yang sudah kian terhakis di kalangan para penuntut.

Melampau! Buang kondom dalam tong sampah depan bilik. Asrama semua lelaki. Aras paling senior sekali.

Mesej utama saya adalah. Malu. Maknanya bakal-bakal tahun akhir dan akan keluar ke medan masyarakat suatu hari nanti. Malam tadi seorang rakan aku hantar gambar ini. Dia seorang felo di sebuah IPT. Popular tak IPT ini? Shhhh.

Apa nak jadi dengan mahasiswa kita. Sampai satu peringkat isu seksual ini biasa. Mereka yang pilih jadi sebegini, akhirnya masyarakat porak peranda.

Sebelum rakan aku beri gambar ini, aku ada buat pengisian di sebuah IPT lagi. Mengenai Goodbye Pornography. Nampak tajuk ini skopnya kecil tapi sebenarnya besar.

Aku Kongsikan tiga perkara penting. Mentaliti Ketagihan, putaran Ketagihan dan cara keluar dari Ketagihan.

Antara punca berlaku perlakuan sebegini adalah, apabila mereka yang Ketagihan dah tak syok buat onani dengan tangan sendiri. Maka mereka mencari objek atau mungkin tangan orang lain. Di sinilah bibit bermula suka pada sejenis.

Habis sahaja program, beberapa orang mahasiswa mengaku tak boleh berhenti Ketagihan pornografi dan onani. Seorang lagi telah beberapa kali terlanjur dengan wanita. Lebih menarik dia pandai pancing (grooming) wanita yang dia nak.

Tak boleh bayangkanlah kalau kondom pun siswa dah boleh buang dalam tong sampah luar bilik. Nampak sangat hal ini semakin serius. Tak larat aku dan Akhi Fairuz Al-Jengkawi nak bercakap sahaja hal ini. Aku juga bersama
Malaysians Against Pornography Sebagai sukarelawan. Dalam ini ramai pakar psikologi dan Kaunseling. Hubungilah, jumpa dan dapatkan rawatan.

Bila kau orang buang kondom macam ni seolah-olah mencabar masyarakat sekeliling. Tolonglah pihak berkewajipan ambil cakna isu ini. Gembleng tenaga hingga membumi mesej ini.

Adoi pening kepala bila memikirkan hal ini. Mesej utama saya adalah. Malu.

Sumber: Mohd Fadhli

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Aug 2018

‘Yang Mai Hantaq Orang Tua Ni Pasaipa’, Video Warga Emas Jual Kerepek Undang Air Mata

Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar…

Featured Sat, 15 Sep 2018

Tengku Permaisuri Selangor Zahirkan Perasaan Dukacita Insiden Zalimi Haiwan

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mahu dua suspek membunuh kucing mendapat hukuman yang setimpal.

Trending Fri, 7 Jan 2022

IGN SEA Mulakan 2022 dengan Squad Up: Athena, Memperkasakan Gamers Wanita di Seluruh Asia Tenggara

Memulakan tahun baharu, REV Media Group (RMG) melalui Rangkaian Permainannya, IGN SEA membawakan kejohanan e-sukan yang pertama untuk tahun ini dengan Squad Up: Athena khusus buat para wanita! Squad Up membuat penampilan sulungnya pada tahun […]

Trending Fri, 1 May 2020

“Masjidil Haram & Masjid Nabawi Masih Ditutup” – Dr. Zulkifli

Terima kasih Datuk Dr. Zulkifli atas pengesahan tersebut.