Trending By: Aisyah Badrul July 18, 2020 @ 10:35am

Perak Buka Pawagam Pandu Masuk Pertama Di Malaysia Hari Ini

Perak menjadi negeri pertama di negara ini yang melancarkan panggung wayang pandu masuk dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di sini semalam.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata panggung yang terletak di Downtown Meru itu boleh memuatkan 70 kenderaan dan merupakan inisiatif Perak Corporation Berhad (PCB).

“Saya memperoleh ilham untuk mewujudkan panggung wayang pandu masuk ini daripada pengalaman sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP), apabila kita diarahkan mematuhi penjarakan sosial.

“Pengenalan pawagam ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik Covid-19 dan diharapkan dapat menghidupkan lagi aktiviti pelancong yang datang ke Ipoh,” katanya pada sidang media pelancaran panggung wayang itu semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCB, Zainal Iskandar Ismail berkata bayaran RM36 hingga RM42 dikenakan bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman dan penonton boleh menikmati tayangan filem pelbagai genre, termasuk filem aksi dan Bollywood bermula 8 malam hingga 11 malam pada skrin berkeluasan 6x18m setiap hari, kecuali Isnin.

“Satu frekuensi khas akan diberi kepada penonton yang audio tayangan filem berkenaan dapat didengar terus dari radio kenderaan masing-masing.

“Kami bercadang untuk membuka panggung wayang pandu masuk ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar, sekiranya mendapat sambutan.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 10 Dec 2022

Ajak Mandi Hujan, Dai Syed Akur Layan Ragam Hana Ismail

Pendakwah selebriti, Dai Syed dan isteri, pengacara Hana Ismail terus menjadi tumpuan warganet selepas mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.   View this post on Instagram   A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_) Menerusi

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Featured Fri, 16 Dec 2022

Zack Tabudlo Mulakan Langkah Bina Nama Di Rantau Asia

Penyanyi berasal Filipina, Zack Tabudlo makin dikenali dengan lagu berjudul Pano. Lagu ini mencipta fenomena tersendiri di negara asalnya lalu menular ke negara jiran Indonesia dan akhirnya sampai ke negara Malaysia. Pano adalah bukti negara

Featured Mon, 28 Mar 2022

Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Fuh, itu sebabnya bergurau jangan lebih-lebih kan dah mendapat..

Trending Thu, 10 Oct 2019

Spook Alert! Conquer Your Worst Nightmare At Sunway Lagoon Nights Of Fright 7

Nights of Fright returns for the seventh year and it gets even more SCARY AF

Featured Sun, 6 Nov 2022
Trending Sat, 1 Aug 2020
Trending Mon, 16 Aug 2021

Monoloque & Kimal Beri Nafas Baharu Lagu Legenda

Legenda, seperti tajuknya, merupakan sebuah lagu malar segar nyanyian Datuk Sheila Majid yang dicipta oleh Fauzi Marzuki, Jenny Chin, dan Habsah Hassan. Lagu ini pada asalnya merupakan lagu penghargaan kepada lagenda permata seni yang tiada

| Live TV