Trending By: Salma Syahbuddin December 14, 2020 @ 3:19pm

Perdana Menteri Arah Bekalan Vaksin Ditambah Sehingga 70%

Penambahan bekalan vaksin sehingga 70 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah berdasarkan nasihat dan saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau juga telah mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, untuk berunding dan  mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 sehingga 60 hingga 70 peratus daripada jumlah populasi rakyat Malaysia.

PM arah vaksin tiba lebih awal

Terdahulu, Malaysia dilaporkan akan mendapatkan  12.8 juta dos vaksin daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi  rakyat negara ini.

Malah, Tan Sri Muhyiddin juga mengarahkan bekalan vaksin dihantar lebih awal iaitu pada Mac ini.

“Vaksin yang Malaysia beli dijangka sampai Mac ini,namun saya sudah minta ia dihantar lebih awal daripada itu demi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat”

Selain itu, KKM juga diarahkan untuk membuka lebih banyak hospital sementara sebagai persediaan pertambahan kes jangkitan.

“Ini semua sebagai persediaan berikutan Malaysia masih belum berjaya melandaikan lengkung kes jangkitan Covid-19 di negara ini” katanya.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Mar 2020

Bencana Sosial: Penyebaran COVID-19 Tanda Dunia Nak Kiamat? Ustaz Ini Ada Jawapannya

Usah mempersoalkan dan menyalahkan ramai pihak, sebaliknya kembali kepada Nya..

Trending Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Jejaka kacukan Arab & Melayu itu kini muncul dengan single Iktiraf.

Featured Tue, 20 Apr 2021

Jenazah Ayahnda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumikan

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang tadi. Jenazah Allahyarham

Featured Fri, 23 Dec 2022

Ibu Fatimah Omar The Family UK Kesal Suami Difitnah Kahwin Dua – “Saya Bukan Anti-Poligami, Cuma…”

Allah, kesiannya. Sebab tu la pentingnya english education 😵‍💫 Luahan perasan isteri yang menghargai suami jadi salah faham ramai pula… Hmm

Trending Tue, 17 Mar 2020

Jangan ‘Selfish’ Sebab Covid-19, PM Janji Bekalan Makanan Mencukupi

Diharap rakyat Malaysia sentiasa bertenang dan tidak pentingkan diri sendiri

Featured Thu, 26 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!