Trending By: Padin December 30, 2020 @ 6:05pm

Pergolakan Kehidupan 3 Remaja Ketika Wabak COVID-19 Menular Intipati Drama Hadiah Dari Tuhan

Pergolakan hidup tiga remaja daripada latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia diambang serangan wabak COVID-19 menjadi intipati drama bersiri terbaru, Hadiah Dari Hati.

Drama bersiri yang bersiaran di slot Lestary TV3 ini bakal disiarkan bermula jam 9 malam ini, 30 Disember 2020.

Hadiah Dari Hati dijayakan oleh pelakon berbakat seperti Riena Diana, Syafi Tee, Sophia Barakbah, Puteri Rafasya dan ramai lagi.

Karya ini mengisahkan mengenai Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.

Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.

Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa.

Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil.

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek.

Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Bagaimanakah kesudahan drama bersiri ini? Jangan lupa saksikan Hadiah Dari Tuhan, setiap Rabu sehingga Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 8 Nov 2019

Punca Bakteria Staphylococcus Lelaki Maut Didakwa Terkena Gigitan Serangga

Lelaki Ini Maut Selepas Paru-Paru Dan Tulang Belakang Rosak

Trending Thu, 21 Jun 2018

Media Prima Sedia Siar Program Debat Calon Presiden UMNO

Tambahnya, saluran TV3 khususnya mengalu-alukan program berkenaan jika diberi kebenaran menyiarkan secara langsung di televisyen, malah bersedia meluaskan siaran langsung di media sosial seperti YouTube.

Trending Mon, 31 May 2021

“Tersilap Memuat Naik Screen Shot” – Pengurus Media Sosial Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf

Pengurus media sosial kepada ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli tampil membuat permohonan maaf di laman Instagram peribadi miliknya. Ia berhubung isu yang timbul mengenai hantaran yang dimuat naik […]

Featured Sun, 20 Nov 2022
Trending Fri, 23 Apr 2021
Hiburan Fri, 3 Nov 2023