Trending By: SGMS Faida September 21, 2018 @ 2:30pm

Perkongsian Lelaki Ini Mengenai Realiti Selepas Kahwin Ternyata…?!

Dulu balik lambat, sekarang kenalah balik cepat,
Dulu tengok orang dua mata,
Sekarang tutup sebelah mata,
Aman rumahtangga…

Ada yang ‘terasa’ tak setiap kali mendengar lirik lagu Dulu Lain Sekarang Lain nyanyian Allahyarham Tan Sri S.M Salim?  Tapi betulke kaum lelaki kurang romantik berbanding di awal mula percintaan dulu. Ye ke? 

Perkongsian pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @Jimbotiram ini mendapat ribuan tanda suka dan retweet. Memang betul agaknya apa yang ditulis lelaki ini. Bukan sindiran tetapi hanya untuk mengingatkan realiti sebelum & sesudah berkahwin ternyata berbeza. Auchh…

Ternyata, membina rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap hubungan berpasangan ada pasang dan surutnya. Bukan 24 jam bersayang-sayang saja tau!

Siapa yang mahukan perceraian berlaku kan? Janganlah hanya bersifat romantik seketika saja. Kalau sebelum kahwin boleh sweet tahap semut pun berkeremun, kenapa tidak lepas kahwin?

Kami kongsi beberapa tips agar perkahwinan kalian tidak tergugat, jom amalkan! 

Bercakap secara terbuka – Berterus teranglah dengan pasangan anda andai ada perkara yang mengganggu fikiran dan hubungan kalian supaya dapat berbincang dengan baik antara satu sama lain. Jika makin dipendam, pasangan akan cepat rasa bosan.

 Sentiasa mencari keseronokan dalam rumah tangga – Carilah masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dengan melakukan perkara-perkara yang menarik dan menggembirakan kedua pihak. Apa kata jika minggu ini anda mengikut suami anda melakukan minat suami anda, dan minggu depan, giliran suai anda pula melakukan minat anda. Bukankah itu akan menjadi menarik?

 Minta Pendapat Orang Tua Dan Pakar – Jika rumah tangga anda mengalami masalah yang sukar untuk diselesaikan, mintalah bantuan dari keluarga kita atau mertua untuk mendapatkan pendapat dari mereka bagi memulihkan hubungan anda dan pasangan. Jika tidak, minta pendapat dari pihak yang lebih arif seperti Kaunselor Syariah(Rujukan 5).

 Jangan Abaikan Anak-Anak Dalam Membuat Keputusan – Anak-anak akan mendapat kesan yang sangat mendalam terhadap apa jua keputusan anda dan pasangan. Mereka akan merasa lebih tertekandengan apa yang berlaku menyebabkan mereka akan memberontak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Jul 2023

“Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

Kena lagi!!! Bertabahlah Ryzal. Mogalepasni netizen makin bijak hendaknya🤔

Trending Mon, 18 Feb 2019

‘Mak Esah’ Misha Omar akhirnya minta maaf! 

Misha difitnah netizen menggunakan sihir pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33).

Hiburan Thu, 28 Dec 2023
Trending Fri, 9 Jul 2021

Pengurangan Sewa Selama 3 Bulan Buat Peniaga Di R&R – PLUS

Berita gembira semua buat peniaga R&R

Featured Wed, 28 Sep 2022
Selebriti Tue, 12 Dec 2023
Featured Thu, 23 Mar 2023