Categories: Trending

Perlahankan Karier Seni, Shaheizy Sam Kini Fokus Dalam…

Pelakon yang kini bergelar usahawan, Shaheizy Sam tampil dengan produk makanannya tersendiri. SyokoTube by Syoklat dilihat mampu mencapai sasaran pasaran pada ketika ini.

Bagi Sam, sebagai penggemar coklat beliau melihat dari perspektif potensi pasaran yang cukup besar memandangkan keadaan sekarang ini ramai yang terkesan dengan krisis Covid-19 sehingga ramai yang kehilangan kerja.

Justeru itu, jenama Syoklat ini menjadi fokus utama beliau selepas memperlahankan kariernya dalam bidang seni.

“Terus terang saya katakan melihat kepada potensi yang sangat besar dalam perniagaan coklat. Malah, besar harapan saya untuk membantu menjana pendapatan atau ekonomi dan memberi manfaat yang besar kepada mereka yang terkesan ketika ini.”

Jatuh cinta dengan ‘kekasih lama’ semula

Menurut Shaheizy Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, setelah terkenal dengan beberapa produk, Sam percaya perniagaan SyokoTube by Syoklat ini mempunyai misinya tersendiri termasuklah, kualiti produk premium yang boleh didapati dalam tiga perisa iaitu, Strawberi, Coklat dan pisang.

Berkongsi pengalaman, Sam mengakui beliau merupakan penggemar coklat yang dianggap sebagai ‘kekasih lamanya’ dan tidak salah baginya untuk berkongsi kegembiraan dan sekaligus membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada ramai orang. Memandangkan, SyokoTube by Syoklat tidak hanya tertumpu kepada sesetengah golongan seperti barangan kosmetik dan kecantikan.

” Saya sendiri membesar dengan adanya coklat dan anak-anak saya pun menggemari coklat. Saya juga pernah keluar negara dan mendapati coklat yang sama ketika saya membesar ada dijual di sana. Jadi saya berpendapat coklat ini sangat tinggi permintaannya.” Katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran SyokoTube by Syoklat di Shah Alam pada Jumaat.

Ingin tembusi pasaran Asean

Menjadikan Tony Fernandes dan Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai idolanya dalam bidang perniagaan,  Shaheizy Sam juga memasang matlamat untuk meluaskan pasaran produk Syoklat ini sehingga ke negara-negara Asia Tenggara.

“Ya, saya menjadikan Tony Fernandes dan Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai idola saya kerana mereka ni sentiasa ada idea dan tidak pernah putus asa dalam perniagaan mereka…”

Untuk makluman, sebelum ini jenama Syoklat pernah berkolaborasi bersama pasangan Johan dan Ozlynn.

Salma Syahbuddin