Trending By: SGMS Putri November 19, 2017 @ 5:04pm

Perlukah Memalukan Baby Shima Atau Sekadar Ingin Viral?

Kes Baby Shima dimarahi di sebuah rancangan realiti di Indonesia begitu hangat diperkatakan.

Jika di stesen televisyen kita, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang yang menggelarkan dirinya Bunda melontarkan kata-kata semangat dan kritikan membina kepada peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Tapi di stesen TV di seberang, penyanyi dangdut Mas Idayu pula bertindak keterlaluan terhadap peserta D’Academy Asia musim ketiga (DAA3), Baby Shima.

Video Mas Idayu memarahi Baby Shima hingga menangis, tular di media sosial. Ramai bersimpati melihat airmata Baby Shima di pentas DAA3.

Baby Shima atau Nor Ashima Ramli peserta dari Malaysia yang menyertai pertandingan itu bersama One Forteen.

Mas Idayu pula sebagai komentator dari Malaysia, manakala Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Zul 2 By 2 sebagai juri.

Bagi yang menyaksikan video itu, tentu terkejut melihat reaksi Mas Idayu yang disifatkan gagal mengawal emosi.

Wajarkah tindakan Mas Idayu memarahi Baby Shima di depan khalayak yang turut disaksikan jutaan penonton?

Memang sangat keterlaluan hingga timbul persoalan apakah motif sebenar tindakan Mas Idayu? Kalau mahu membimbing peserta negara sendiri, apakah dengan memalukan mereka barulah lebih bersemangat?

Mungkin apa yang dilakukan Mas Idayu sekadar untuk menarik perhatian umum dan dia berjaya kerana bukan hanya di Indonesia, malah orang di Malaysia dan Singapura memperkatakan mengenai tindakannya.

Walaupun Mas Idayu mengatakan ia bukan lakonan, itulah hakikat sebenar kerana ia memang sering berlaku dalam program realiti. Makin hebat drama ditampilkan, makin berjaya program itu.

Ini juga tahun ketiga DAA bersiaran dan tahun ini mendapat perhatian apabila viral di media sosial. Shiha Zikir menyertai pertandingan ini pada 2015 dan tahun lalu penyanyi Elda Susanti. Mungkin ia belum cukup hebat.

Elda ketika dihubungi Jumaat lalu, akui memang begitu konsep DAA. Katanya, ia satu pertandingan di pentas sangat besar dan sangat serius.

“Memang saya juga bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Baby Shima. Saya juga berhadapan kritikan pedas hingga menangis di pentas, tapi bukan daripada Mas Idayu.

“Memang semua komentator begitu, jadi bersedialah. Peserta perlu memiliki vokal yang kuat dan jiwa yang kental.

“Mereka bukan saja diminta menyanyi tapi perlu ada kreativiti dalam setiap persembahan,” katanya.

Nasihat Elda buat Baby Shima, ambillah ruang ini sebaik mungkin untuk belajar terutama vokal.

Katanya, masih banyak masa untuknya menjadi penyanyi yang bagus dan versatile.

“Berusahalah mencari guru dan jangan putus asa. Anggap saja setiap teguran itu sebagai ilmu baru kerana setiap penyanyi akan sentiasa belajar dan belajar daripada pengalaman,” katanya. 

Apa-apa pun, tindakan memarahi Baby Shima sebegitu sememangnya menjadi bahan viral masa kini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 31 Jan 2023
Trending Sun, 1 Apr 2018

Kenapa Kek Perkahwinan Ini Menjadi Kek Paling Mahal Di Dunia

Inilah yang dikatakan kek paling mahal didunia dengan menampilkan bentuk seorang pengantin perempuan dengan ketinggian 182 cm dan berat 120 kg.  Pereka luar biasa ini, Debbie Wingham adalah salah seorang pereka fesyen paling mahal di […]

Trending Thu, 16 Aug 2018

《延禧攻略》富察皇后跳舞发型大歪楼

《延禧攻略》红到不追好像很不应该!剧中富察皇后不对称的发髻,就连演皇后的秦岚都自己在微博上写「小猪佩奇(佩佩猪)同款」,笑喷众人。

Trending Wed, 9 May 2018

皮卡丘的是老鼠还是兔子?作者亲自解谜原型竟是…

皮卡丘到底是兔子还是老鼠呢?近年因手游《精灵宝可梦GO》再度成为话题焦点,其中主角之一的皮卡丘是众多宝可梦迷的「好朋友」。许多民众也非常好奇,皮卡丘的原型究竟是什么动物呢?

Cahaya Mata Sat, 18 Jun 2022

Elisya Sandha Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Beri Nama Bunga El Haq

Tahniah buat Elisya dan Uzair ❤️ Wah, mesti sis Sheila Rusly & Tok Sidang happy dah naik pangkat jadi Nana & Dada 😍 Apapun selamat berpantang buat Elisya Sandha 🥰

Featured Thu, 5 Jan 2023

“Tak Adil Menilai Saya Jika Tidak…” – Siti Khadijah Halim Dituduh Sombong?

Kena kuat kalau jadi selebriti ni kan? Semoga bertabah Siti