Trending By: Salma Syahbuddin July 12, 2021 @ 12:16pm

Permohonan i-Citra KWSP Mula Dibuka Hari Ini, Semak Cara Mohon Sekarang!

Permohonan bagi pengeluaran i-Citra mula dibuka hari ini, iaitu tiga hari lebih awal dari tarikh ditetapkan.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

“Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP) di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit”

“i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” katanya dalam satu kenyataannya pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai Ogos nanti.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

Sebelum ini, i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli.

Cara permohonan i-citra

Berikut merupakan langkah-langkah cara permohonan i-Citra ;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Trending Sat, 19 Dec 2020
Trending Sat, 27 Oct 2018

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,”

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,” Lelaki Kongsi Pengalaman Trauma Melancong Sebab 1 Kesilapan

Trending Tue, 27 Jul 2021

Berjaya Turun 20 KG Selepas Lahirkan Anak Kedua, Siti Nurhaliza Target Nak Hilangkan Lagi 10 KG

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa pada 19 April lalu. Kini, Siti meletakkan sasaran untuk menurunkan lagi 10 kg untuk […]

Featured Mon, 19 Sep 2022
Trending Fri, 2 Nov 2018

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Bayaran Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara